Rakyat Palestin Yang Mendapat Rawatan Di Malaysia, Tidak Akan Diberi Kerakyataan
Rakyat Palestin Yang Dibawa Ke Malaysia Hanya Menerima Rawatan.

Kuala Lumpur, 11.00 malam – MENTERI Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan, Malaysia tidak akan memberi hak kerakyatan kepada 127 orang rakyat Palestin yang dibawa ke Malaysia baru-baru ini untuk menerima rawatan. Rakyat Palestin yang telah didapati sembuh dari kecederaan akan dihantar pulang ke negara asal mereka.

Pada 16 Ogos lalu, seramai 41 rakyat Palestin yang cedera akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza, dengan diiringi 86 waris mereka selamat tiba di Pangkalan Tentera Udara (PTU) Subang. Terdapat beberapa negeri yang menzahirkan kebimbangan mungkin rakyat Palestin itu akan dibawa untuk tinggal di negeri mereka.

Mohamad Hasan telah menjelaskan bahawa perbincangan dua hala diantara Malaysia dan Palestin telah dipersetujui bahawa rakyat Palestin tersebut akan dihantar pulang sebaik sahaja mereka pulih dan sihat.

Mohamad Hasan berkata, ada negeri yang risau kemungkinan rakyat Palestin akan dihantar ke neger i mereka. Menurut beliau lagi, operasi untuk membawa rakyat Palestin yang cedera ke negara kita telah di buat oleh Menteri Pertahanan iaitu Datuk Seri Khaled Nordin manakala beliau pula telah mengaturkan dan membuat perjanjian dua hala.

Kerajaan Palestin meminta supaya anak-anak mereka dipelihara dan diberi rawatan kemudian menghantar pulang setelah semuanya selesai. Perlu ada belas kasihan dan sifat perikemanusiaan kepada orang-orang yang menderita. Tambah Mohamad Hasan pada sidang media semalam di WTC, Kuala Lumpur.

Rakyat Palestin yang dibawa ke Malaysia tidak berhasrat untuk meninggalkan negara mereka dan keluarga mereka. Mereka rela mati untuk pertahankan tanah air mereka. Kita hanya memberi bantuan untuk perubatan terutama kepada kanak-kanak yang tercedera.

Tidak timbul soal rakyat Palestin berkenaan untuk tinggal terus di Malaysia. Dengan itu tidak perlu dipertikaikan samada mereka akan tinggal di Malaysia dalam waktu yang panjang.

Mereka juga tidak mahu pergi ke Jordan dan tidak mahu dibawa kemana mana pun. Sebagai masyarakat antarabangsa, kita hanya perhatin kepada orang- orang yang menderita. Itu adalah perkara biasa kerana kita juga telah banyak bantu negara lain yang ditimpa musibah sebelum ini. Untuk itu tidak perlu dihebohkan sangat dan tak perlu risau.

Sementara itu menurut khaled Nordin, belum ada perancangan untuk misi kedua bagi membawa rakyat Palestin yang cedera ke Malaysia. Mungkin tidak dimasa yang terdekat kerana tiada perancangan untuk perkara tersebut.

Menurut Khaled lagi, seramai 70 ribu rakyat Palestin yang berjaya menyeberangi dan dapat tinggal di Mesir. Malaysia hanya diminta untuk mengambil sebanyak 127 orang ini sahaja untuk diberi rawatan dan perubatan .

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, berasa amat kesal dan sedih diatas tindakan sesetengah pihak yang mempertikaikan, mengecam dan mengkritik usaha membawa masuk rakyat Palestin yang cedera untuk menerima rawatan di negara kita.

Menurut Datuk Seri Anwar, apa yang Malaysia lakukan hanyalah tanggungjawab kecil yang dilakukan atas dasar belas kasihan dan perikemanusiaan terhadap rakyat Palestin yang cedera parah serta bumi mereka yang hancur akibat perbuatan zalim regim Israel.

Kredit – Suara TV

#Prezcom

Lebih Banyak Berita :

Lambang Dacing Tetap Menjadi Pilihan UMNO Pada PRU-16.