Lambang Dacing Tetap Menjadi Pilihan UMNO Pada PRU-16
Penggunaan Lambang Dacing Adalah Kemahuan Pemimpin Dan Akar Umbi Umno.

Kuala Lumpur, 22 Ogos 2024, 3.00 petang – PRESIDEN UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Barisan Nasional (BN) sudah pasti akan menggunakan lambang dacing pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN berkata, penggunaan lambang dacing adalah kemahuan dan pilihan pemimpin dan akar umbi umno sendiri. Perkara ini diputuskan dari sekarang kerana PRU-16 sudah hampir menjelang iaitu lebih kurang tiga tahun lagi.

Ahmad Zahid sebagai berkata, BN tidak menolak kolaborasi dengan 18 parti dalam Kerajaan Perpaduan. Kita mahu keputusan untuk melakukan kolaborasi itu dilakukan dari sekarang dan tidak hanya dilakukan sewaktu pilihan raya sahaja. Kita mahukan keserasian itu dimulakan dari sekarang.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, salah satu kolaborasi dengan Kerajaan Perpaduan adalah sentiasa berkerjasama didalam semua hal tidak hanya sewaktu pilihan raya sahaja. Itu ada diantara lima tahap hala tuju baharu yang digariskan parti itu menerusi Taklimat Presiden yang disampaikan bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2024.

Kredit – Astroawani

#Prezcom

Lebih Banyak Berita :

Anthony Loke Beri Jaminan, Pekerja KTMB Tidak Akan Hilang Pekerjaan.