
Kuala Lumpur, 7 Mac 2023 06:37pm. Tular di media sosial dengan potongan video (video footage) Sidang Dewan Rakyat 7 Mac 2023 yang menjadi kecoh sementara apabila Yang Berhormat, Datuk Seri Haji Takiyuddin bin Hassan, Ahli Perimen Kota Baharu yang telah merujuk kepada satu surat dengan nombor rujukan PPM/WKL 251/88 JLD.12 (15), bertarikh 2 Mac 2023 yang ditujukan kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan di tandatangani oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Nawardi bin Saat, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dan dikeluarkan oleh Pendaftar Jabatan Pertubuhan Malaysia yang antara lain menyatakan bahawa “usul tambahan UMNO yang diputuskan di Perhimpunan Agung UMNO 2022 adalah tidak teratur…”
Datuk Seri Takiyuddin Hassan dengan itu juga mendakwa, surat yang dialamatkan kepada Setiausaha Agung UMNO itu, antara lain menyatakan bahawa usul tambahan dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 yang menghalang pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden, sebagai tidak sah.
Footage video ini telah di manipulasi dan disunting tanpa menunjukkan bahagian sepenuhnya yang sepatutnya memberikan gambaran sebenar bahawa isu ini telah selesai dan satu kenyataan media telah di buat oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN)berhubung isu ini. Bahagian terakhir video ini itu seterusnya merujuk kepada satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail berhubung usul tambahan yang telah diluluskan dalam perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 yang menurut kenyataan media itu bahawa merujuk kepada Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Persidangan UMNO, Kementerian berdasarkan Seksyen 70, Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) yang memutuskan bahawa telah memberi pengecualian daripada pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta 832 kepada UMNO.
Jika diringkaskan semula kenyataan media KDN telah dengan jelas memberikan ‘pengecualian’ dan ini bermakna keputusan usul tambahan Perhimpunan Agung UMNO 2022 telah muktamad dan desakan serta gesaan yang dibuat oleh Datuk Seri Ismail Sabri secara tidak langsung telahpun terjawab. Keputusan KDN ini juga adalah selaras dengan Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966 yang menyatakan bahawa keputusan parti politik atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya atau oleh perlembagaan adalah muktamad dan konklusif dan keputusan tersebut tidak boleh dicabar, dirayu, disemak, dibatalkan atau dipersoalkan di mana-mana mahkamah atas apa jua alasan.
Artikel Berkenaan: RoS Terima Usul Tambahan Perhimpunan Agung UMNO (PAI) 2022
#PAU2022
#PrezCom