
Kuala Lumpur, 5 Mac 2023 03:00pm. Keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) meluluskan usul dua jawatan utama parti iaitu jawatan Presiden dan Timbalan Presiden untuk tidak dipertandingkan tidak lagi perlu dirisaukan kerana Jabatan Pendaftran Pertubuhan Malaysia (RoS) telahpun menerima usul tambahan itu yang disifatkan sebagai usul ‘haram’ oleh sesetengah pemimpin UMNO sendiri. Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahamd Maslan, beliau telah menerima nasihat daripada peguam-peguam parti berkaitan perkara itu sebelum ia diluluskan dan mereka menyatakan kaedah usul itu dibolehkan seperti Persidangan UMNO Perkara 20.
Keputusan ‘RoS’ ini nampaknya telah menjawab kerisauan Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang terdahulu sebelum ini menasihatkan Jabatan Pendaftran Pertubuhan Malaysia untuk menangguhkan proses pemilihan UMNO sehingga keputusan diperolehi.
Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Hj. Ahmad Zahid bin Hamidi hari ini mengesahkan telah menerima surat daripada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bertarikh 3 Mac 2023 yang memaklumkan mengenai keputusan ‘RoS’ itu dan menurut Datuk Seri Zahid, katanya; “‘RoS’ telah membuat siasatan dan keputusan KDN adalah mengikut Seksyen Perkara 70 Akta Pertubuhan 1966 Akta 832 berhubung usul tambahan… dan ini kerana semua klausa dalam Perlembagaan parti telah diikuti oleh Pengerusi Tetap”. Datuk Seri Dr. Hj. Ahamd Zahid juga terdahulu sebelum ini telah menegaskan bahawa peraturan mesyuarat dan Perlembagaan UMNO telah diikuti sepenuhnya mengikut klausa 9.3 dan 9.4 dan perkara ini telahpun dijelaskan kepada ‘RoS’.
Datuk Seri Dr Hj. Ahmad Zahid Hamidi juga sempat mengingatkan semua ahli-ahli UMNO untuk memberikan keutamaan didalam memperkukuhkan parti serta Kerajaan Perpaduan dan tidak memilih calon-calon yang boleh menggugat kerajaan didalam pemilihan UMNO sesi 2023-2026 ini. Beliau juga sekali lagi menasihatkan semua calon-calon untuk tidak berkempen sehingga kemenangan mereka boleh dibatalkan.
#MaruahUMNO
#PrezCom