Bank Digital

 

Kuala Lumpur, 04 Ogos 2024, 12:00 – TRANSFORMASI bank digital di Malaysia perlu dipercepatkan dan diberikan laluan pantas untuk memastikan negara ini terus maju dan tidak ketinggalan, ujar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau, Malaysia tidak termasuk dalam kalangan negara terawal yang memperkenalkan bank digital di rantau ini dan agak ketinggalan dalam beberapa aspek.

Anwar juga menekankan bahawa kerajaan, melalui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri serta Kementerian Digital, memberikan sokongan supaya bank digital tidak lagi terhambat oleh peraturan dan proses yang lama.

“Cabaran untuk GXBank dan bank digital lain adalah untuk melakukan perubahan dengan lebih cepat dan pesat.

“Saya yakin seluruh pasukan GX Bank ini akan menyahut cabaran ini dengan berani,” katanya semasa Majlis Peluncuran Ibu Pejabat GXBank dan Pelancaran Pusat Kecemerlangan GXBank di sini hari ini.

Anwar menegaskan bahawa bank digital perlu memberi keutamaan kepada kepentingan rakyat untuk kekal mampan, di samping meningkatkan kesedaran dan pemahaman rakyat mengenai bank digital.

“Bagi saya, jika ekonomi itu tidak merakyatkan, maka ekonomi itu tidak mampan,” tambah beliau.

Beliau juga menyatakan bahawa angka pertumbuhan negara, jumlah pelaburan, kawalan inflasi, dan kadar pengangguran kini membanggakan dan meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang mampu berdaya saing dengan negara lain.

Kredit – BERNAMA

#PrezCom

Baca lebih banyak artikle di sini :>

Pembinaan Penempatan Baharu untuk Penduduk Orang Asli Projek Hidroelektrik Nenggiri Dijangka Siap pada Mac 2026