
Kuala Lumpur,19 July 2024, 16:00 – SKUAD Harimau Malaya telah naik satu tangga dalam ranking FIFA terbaru, kini berada di kedudukan ke-134 dunia. Menurut laman web FIFA, skuad yang dikendalikan oleh Kim Pan Gon kini mengumpul 1,107.58 mata, meningkat dari posisi ke-135 yang telah mereka duduki sejak 20 Jun lalu.
Penampilan terakhir skuad kebangsaan adalah dalam saingan Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, di mana mereka seri 1-1 dengan Kyrgyzstan dan menang 3-1 ke atas Taiwan bulan lalu.
Skuad Harimau Malaya dijadualkan untuk membuat penampilan seterusnya dalam Pestabola Merdeka 2024, yang akan berlangsung dari 2 hingga 10 September di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ). Tiga pasukan lain yang telah mengesahkan penyertaan adalah juara bertahan Tajikistan, Lebanon, dan Filipina.
Namun, baru-baru ini, Malaysia dikejutkan dengan pengumuman Kim Pan Gon yang meletakkan jawatannya sebagai ketua jurulatih skuad bola sepak lelaki kebangsaan berkuat kuasa serta-merta kerana komitmen peribadi.
Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi, mengumumkan bahawa Penolong Ketua Jurulatih Pau Marti Vicente dari Sepanyol, berusia 41 tahun, dilantik sebagai Pemangku Ketua Jurulatih skuad Harimau Malaya.
Beliau akan dibantu oleh seorang lagi Penolong Ketua Jurulatih Kebangsaan, E. Elavarasan.
Penolong Jurulatih Park Bobae, Jurulatih Penjaga Gol Cho Junho, Jurulatih Kecergasan Jihyeon Park, dan Jurulatih Analisis Prestasi Lim Jaehun akan terus menyokong Pau Marti dan Elavarasan berdasarkan kontrak mereka masing-masing.
Kredit – BERNAMA
#PrezCom
Baca lebih banyak artikle di sini :>
Kontraktor Belia Bumiputera Dan TVET Terus Diperkasa Dibawah Program ACE 2.0