Dipijak Gajah

 

Kuala Lumpur, 15 Mei 2024, 16:00 PADA Sabtu lalu, seorang lelaki warga Bangladesh ditemukan maut dalam keadaan yang sangat tragis setelah dipercayai dipijak oleh seekor gajah di Ladang Kampung Om Pos Blau.

Kejadian berlaku sekitar jam 5 petang dan mangsa, yang berusia 29 tahun, dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan serius.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo, memaklumkan bahawa siasatan awal menunjukkan mangsa bertembung dengan seekor gajah ketika dalam perjalanan pulang ke ladang pada waktu tersebut.

Malangnya, mangsa tidak sempat melarikan diri.

“Siasatan lanjut mendapati tiada unsur jenayah yang terlibat dalam kematian mangsa,” kata beliau.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Gua Musang untuk proses lanjut.

Polis juga meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai insiden tersebut.

Kredit – SHarian

#PrezCom

Baca lebih banyak artikle di sini :>

Kabinet Setuju Naik Taraf LTSIP Ke Lapangan Terbang Antarabangsa