Elaun Lokum

 

Kuala Lumpur, 25 Februari 2024, 12:00 – MENTERI Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, telah mengumumkan bahawa pegawai perubatan yang diarah bertugas pada Sabtu dan Hari Kelepasan Am layak menerima Elaun Lokum pada kadar RM80 per jam.

Beliau menyatakan bahawa perkara ini telah diperhalusi dan diberi kelulusan pada kadar segera bagi memastikan pengiktirafan kepada pegawai perubatan yang menjalankan tugas mereka pada hari-hari yang dianggap sebagai cuti umum.

“Timbul isu bayaran elaun bagi doktor yang membuat Elaun Lokum, saya perhatikan ramai yang memohon dan baru sahaja mendapat kelulusan.

“Pada setiap per jam yang dilakukan, (ia boleh dituntut) serta-merta,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan sesi Memorandum Persefahaman (MoU) antara IHH Healthcare Malaysia (IHH Malaysia) dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ia bagi memperbaharui MoU untuk menyediakan rawatan kanser percuma bagi 500 pesakit dari hospital kerajaan di Hospital Gleneagles, di sini pada Jumaat.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan yang menyatakan bahawa pegawai perubatan yang diarah bertugas pada Sabtu dan Hari Kelepasan Am masih layak menuntut Elaun Lokum.

Bagi waktu bekerja pada hari Ahad, ia melibatkan waktu bekerja dari jam 9 pagi hingga 1 petang, dan pegawai boleh menuntut cuti gantian tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan.

Sebelum ini, KKM juga telah memaklumkan bahawa pelaksanaan projek rintis pemanjangan waktu operasi klinik berdekatan hospital pada tahun lalu sedang dalam pertimbangan untuk meneruskan pembayaran Elaun Lokum.

Dr Dzulkefly Ahmad menambahkan bahawa makluman terbaharu ini akan memberi kelegaan kepada mereka yang terlibat, dan ini merupakan berita baik kepada semua pegawai perubatan yang terlibat dalam penyediaan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat.

#PrezCom

Baca lebih banyak artikle di sini :>

Kemerosotan Ringgit Bukan Krisis Kewangan