Kewangan

 

Kuala Lumpur, 24 Februari 2024, 16:00 – DALAM satu hantaran terkini, Ketua Ahli Ekonomi Malaysia Bank Dunia, Apurva Sanghi, menyatakan bahawa prestasi lemah ringgit Malaysia dapat dikaitkan dengan kemerosotan daya saing jangka panjang negara.

Beliau menekankan bahawa kekurangan pembaharuan yang dilaksanakan selepas Krisis Kewangan Asia 1998 (AFC) adalah punca utama fenomena ini.

Beliau berkata, walaupun banyak negara Asia turut merosot selepas AFC, kekurangan pembaharuan oleh Malaysia menjejaskan ekonominya dalam jangka panjang.

Katanya, pelaburan dan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia dalam aliran menurun sejak AFC.

“Lebihan fiskal terakhir Malaysia adalah ketika pra-AFC. (Peratusan) Eksport berbanding KDNK menguncup daripada 120 peratus pada 1999 kepada 68 peratus pada 2023,” katanya dalam hantaran di platform media sosialnya.

Dalam menganalisis perbandingan dengan negara lain seperti Thailand dan Korea, Apurva menyatakan bahawa Malaysia asalnya memiliki ringgit yang lebih kukuh selepas AFC. Namun, prestasi ringgit kini tidak lagi sekuat yang diingini disebabkan oleh kegagalan negara untuk melaksanakan pembaharuan ekonomi yang diperlukan.

Beliau berkata, ia berikutan Thailand dan Korea melaksanakan pembaharuan selepas krisis.

Katanya, mereka memilih ‘kepedihan’ dalam jangka pendek dengan melakukan pembaharuan, namun lebih baik untuk jangka masa panjang dan Malaysia tidak bertindak sedemikian.

“Jika anda mahu turunkan berat badan, anda bangunkan tabiat yang baik terlebih dulu. Berat akan bertindak sendiri. Begitu juga, ringgit terkesan sebahagian besarnya oleh kemerosotan jangka panjang daya saing Malaysia.

“Jika anda bertindak terhadap kemerosotan ini — yang mana pembuat dasar mahu lakukan (ketika ini) – ringgit akan bertindak sendiri,” katanya.

Ketua Ahli Ekonomi World Bank bagi Malaysia, Dr Apurva Sanghil.

Apurva turut berkata impak skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) terhadap ringgit Malaysia. Beliau mengakui bahawa pergerakan dolar Amerika Syarikat (AS) dan prestasi ekonomi China juga memainkan peranan penting dalam menentukan prestasi ringgit.

“Faktor luaran (AS, China) jelas penting tetapi mempengaruhi negara berbeza secara berbeza. Kenapa? Kerana perbezaan keadaan domestik dan maklum balas,” katanya.

Oleh itu, beliau merumuskan bahawa Malaysia perlu mengambil langkah tegas untuk mengatasi kemerosotan daya saing jangka panjangnya demi meningkatkan prestasi ringgit dalam skala global.

#PrezCom

Baca lebih banyak artikle di sini :>

Polis Sahkan Pemandu Dipukul Hingga Mati Di Semenyih, Positif Dadah