Kuala Lumpur, 14 Januari 2024, 19:20 – PEMBUKAAN semula Stadium Merdeka, tempat di mana seruan keramat “MERDEKA!” menggema pertama kali pada tahun 1957, terus menghidupkan kenangan sejarah, menanam nilai-nilai dan memupuk semangat patriotisme ketika negara mencapai kemerdekaan.
Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong, Felo Kanan Majlis Profesor Negara, menyatakan bahawa stadium yang memiliki lipatan sejarah tersendiri itu dibina khusus untuk pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 oleh Perdana Menteri Pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
“Ia dibina khusus sebagai tanda mercu kemerdekaan kita, jadi ia sangat perlu dilestarikan untuk selama-lamanya memandangkan nilai sejarahnya begitu signifikan sekali. Ia bukan sahaja sebahagian daripada kemerdekaan kita, malah ia sebenarnya kemerdekaan kita itu sendiri.
“Apabila stadium ini dibuka semula, sudah tentu ia akan digunakan. Maka setiap kali stadium ini digunakan, ia akan memperingatkan rakyat tentang kemerdekaan yang dicapai dan betapa pentingnya kemerdekaan itu dalam kita membuat keputusan tentang negara,” katanya.
Teo menekankan kepentingan mengadakan aktiviti bersejarah, termasuk sukan, konsert, teater, dan perhimpunan di Stadium Merdeka sepanjang Bulan Kebangsaan untuk menyemarakkan semangat patriotisme di kalangan masyarakat, sebagai tempat yang sinonim dengan perjuangan generasi sebelum ini.
Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Arshad Raja Tun Uda, menyatakan bahawa usaha restorasi yang dilakukan bertujuan mengembalikan stadium ini kepada keadaan asal pada tahun 1957, dengan kerjasama dari Badan Warisan Malaysia dan Jabatan Warisan Negara.
“Usaha restorasi bangunan bersejarah ini diharapkan dapat meningkatkan nilai warisan budaya negara serta mencipta peluang ekonomi dan sosial yang berkekalan, selain menarik kedatangan pelancong tempatan dan antarabangsa ke lokasi ikonik ini,” katanya dalam Ucapan Menjunjung Kasih sempena Majlis Perasmian Menara Merdeka 118 yang disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di ibu negara.
PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd, anak syarikat PNB, telah menubuhkan Merdeka Heritage Trust (MHT) pada tahun 2006 untuk memulih, memelihara, dan mengurus Stadium Merdeka.
Arshad juga mengumumkan pemindahan operasi PNB secara berperingkat ke Menara Merdeka 118 bermula Disember tahun lalu. Menara itu akan menjadi tempat tinggal untuk kira-kira 1,500 warga PNB.
Menara Merdeka 118, yang direka bentuk oleh Fender Katsalidis dari Melbourne, Australia, memiliki ketinggian 678.9 meter dan merupakan yang kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa Dubai (828 meter). Struktur itu termasuk puncak menara 40 tingkat (160.4 meter).
Pakar sejarah, Prof Datuk Dr Ramlah Adam, menyambut baik pembukaan semula Stadium Merdeka, menyatakan bahawa ini adalah satu-satunya monumen yang mengingatkan rakyat kepada hari bersejarah pada 31 Ogos 1957.
“Saya bersyukur kerana kawasan stadium ini telah dikekalkan dalam keadaan asalnya. Pembukaan dan penggunaan semula stadium ini seharusnya kita sambut dengan penuh semangat. Stadium ini bukan hanya sebagai kenangan, tetapi juga boleh menjadi tempat untuk kegiatan seni, budaya, dan sukan yang melibatkan masyarakat,” katanya.
Stadium Merdeka, sebagai keajaiban kejuruteraan Persekutuan Tanah Melayu pada 1956, tetap menjadi saksi sejarah sejak pengisytiharan kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957, hingga pembentukan Malaysia pada 16 Sept 1963.

#PrezCom
Baca lebih banyak artikle di sini :>