Kuala Lumpur, 13 Januari 2024, 23:00 – DUA kugiran lagenda tempatan, A.C.A.B. dan Cromok, dijangka akan bergabung tenaga dalam satu konsert yang diadakan pada awal Mac ini di Zepp Kuala Lumpur.
Berita menggembirakan ini diumumkan oleh vokalis dan pemain gitar A.C.A.B., Megat Hafiz Mohammad.
Beliau berkongsi bahawa pihaknya telah berjaya menempah Zepp Kuala Lumpur sebagai tempat konsert, yang diharapkan akan menjadi pengalaman yang tidak terlupakan bagi peminat muzik Oi dan metal.
“Kita telah pun berjaya booking live venue terkemuka di Kuala Lumpur, Zepp bagi mengadakan konsert dengan kumpulan legenda Metal tanahair, Cromok pada bulan Mac nanti sebelum Ramadhan,” katanya.
“Zepp selain dilengkapi dengan peralatan high end & top notch yang baru dibuka di ibu kota ini juga boleh menampung lebih dari 2,300 orang.
“Harapan adalah followers dan fans A.C.A.B. serta Cromok nanti dapat memenuhkan venue berprestij ini pada bulan March sebelum Ramadan,” katanya lagi.
“Harga tiket bermula dari RM180 hingga RM280, dan kami akan segera mengumumkan tarikh jualan tiket serta platform pembelian tiket. Kami berharap peminat A.C.A.B. dan Cromok akan memenuhi tempat ini pada bulan Mac,” tambahnya.
Megat juga memberitahu bahawa kaedah pembayaran yang mudah akan disediakan, termasuk pemilihan pembayaran dengan Atome untuk memudahkan peminat dalam mendapatkan tiket.
“Dengan Atome, peminat boleh membeli tiket dengan pembayaran dalam 3 kali bayar. Kami ingin memastikan semua peminat dapat menyertai konsert ini tanpa sebarang kesulitan kewangan,” jelas Megat.
Pilihan tempat duduk dan berdiri turut dikongsi melalui hantaran terkini di Facebook, memberikan peminat beberapa pilihan untuk menikmati konsert mengikut keselesaan masing-masing.
Bagi yang tidak mengetahui, A.C.A.B. merupakan kugiran skinhead Malaysia yang telah menemui populariti dengan lagu-lagu Oi! dari 1994 hingga 2004.
Kemudian, nama kumpulan berkenaan ditukar kepada The A.C.A.B. susulan kelainan muzik yang dibawa selepas itu.
Antara lagu popular A.C.A.B. adalah Skinhead Selamanya, We Are A.C.A.B. dan Where Have all the Bootboys Gone.
Sementara itu, Cromok dianggap sebagai perintis muzik thrash heavy metal tempatan, ditubuhkan pada tahun 1986. Mereka merupakan empat orang pelajar semasa menuntut di Australia.
Mereka adalah Shamsuddin Ali (Sam), Khairul Anuar Shariff (Karl), Muhammad Khairuddin (Din), dan Tarmizi Mokhtar (Miji).
Mereka telah menghasilkan album seperti “Images of Purity” pada tahun 1991, dan lagu-lagu seperti “Another You,” “I Don’t Belong Here,” “Misty,” “Metallurgical,” dan “Memories” masih diingati ramai hingga kini.
#PrezCom
Baca lebih banyak artikle di sini :>