PRESIDEN Cuepacs Datuk Adnan Mat

Kuala Lumpur, 22 December 2023, 10.00 petang – PRESIDEN Cuepacs Datuk Adnan Mat berkata kenaikan gaji itu wajib diberikan kepada semua penjawat awam. (Cuepacs) juga memohon kerajaan meningkatkan gaji penjawat awam sebanyak RM300 dan memberikan bonus satu bulan setengah gaji menerusi Bajet 2024.

Menurut Adnan, kenaikan tersebut boleh meningkatkan gaji bersih (take-home pay) diharapkan dapat memberi kelegaan kepada penjawat awam. Hal ini bertujuan bagi membantu penjawat untuk mendepani kos sara hidup yang semakin tinggi.

Kali terakhir penjawat awam menerima bonus satu setengah bulan gaji atau minimum RM1,500 adalah pada 2012. selepas itu, (penjawat awam) hanya diberikan bantuan khas kewangan.

Tambah Adnan, Cuepacs memahami kekangan kerajaan, namun penjawat awam memerlukan sokongan daripada Putrajaya supaya mereka lebih bersemangat untuk berkhidmat kepada rakyat.

kredit kepada Malaysiastrategik.com

Dalam pada itu, Adnan juga memohon pemberian diskaun bagi pembayaran cukai pendapatan sekurang-kuranya sebanyak 30 peratus dan meningkatkan jumlah pengiraan pencen kepada jumlah tahun perkhidmatan sehingga 35 tahun bagi memaksimakan pecen yang bakal diterima penjawat awam apabila bersara kelak.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, kerajaan berusaha untuk menaikkan sedikit gaji penjawat awam menerusi Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan di Parlimen pada Oktober ini

Beliau berkata, ia sebagai langkah sementara sehingga kajian menyeluruh berhubung skim gaji dan persaraan penjawat awam selesai dilakukan yang dijangka pada tahun depan.

Bagi tempoh perkhidmatan lebih 30 tahun dan ke atas, pengiraan pencen bulanan diambil terus 60 peratus dari gaji pokok akhir atau 3/5 daripada gaji pokok akhir. Situasi ini akan mengakibatkan mereka yang berkhidmat lebih daripada 30 tahun tidak dapat menikmati jumlah maksimum pencen berdasarkan perkhidmatan mereka.

#PrezCom

Baca Lebih Banyak Berita:

Skim Gaji Baru Penjawat Awam Akan Diumum Sebelum Akhir 2024 – Perdana Menteri.