
Kuala Lumpur, 13 December 2023, 5.00 petang – SEBUAH restoran mamak di Alor Gajah di serbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka, di sini pada Selasa selepas pihaknya menerima aduan daripada pengguna mengenai kegiatan restoran mamak itu sebelum menemui gula yang disorokkan di bahagian tangga manakala minyak masak peket disimpan di stor tingkat atas.
Umumnya mengetahui semua restoran dan kedai-kedai makan menggunakan gula dan minyak peket yang banyak untuk menyediakan makanan. Mungkin juga restoran itu mengambil kesempatan untuk menyembunyikan minyak peket dan gula di dalam jumlah yang banyak dengan alasan untuk kegunaan sendiri.
Pengarah KPDN Melaka, Norena Jaafar berkata, serbuan jam 1 petang itu mendapati premis makanan berkenaan turut menyorok lebih 550 kilogram (kg) barangan bersubsidi gula pasir dan minyak peket.
Menurutnya lagi pemeriksaan dan risikan dilakukan selepas pihaknya menerima aduan daripada pengguna mengenai kegiatan restoran mamak itu sebelum menemui gula yang disorokkan di bahagian tangga manakala minyak masak peket disimpan di stor tingkat atas.
KPDN mendapati restoran terbabit disyaki menyorok barang kawalan lebih 300 kilogram gula pasir bersubsidi dan juga 250 minyak masak peket satu kilogram. Restoran makanan ataupun kedai makan tidak dibenarkan menggunakan minyak masak peket dalam penyediaan makanan kerana barangan bersubsidi hanyalah untuk kegunaan isi rumah sahaja.
Restoran itu telah melakukan kesalahan apabila gagal mengemukakan sebarang dokumen permit kebenaran menyimpan barang kawalan berjadual di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. Kesemua minyak masak yang dirampas itu mampu menampung kegunaan bagi 133 isi rumah di negeri ini dan bukannya bagi tujuan perniagaan.
Menurut Norena, kertas siasatan telah dibuka di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 bagi mengenalpasti daripada mana sumber bekalan minyak masak ini diperoleh. Mereka juga akan memburu pihak pemborong barangan kawalan itu yang terlibat dalam kegiatan ini.
Mereka yang mempunyai lesen CSA hanya boleh mendapatkan bekalan minyak masak daripada pemborong lesen yang sah. KPDN memandang serius perkara ini dan memberi amaran kepada semua peniaga yang menggunakan atau menyimpan barang kawalan bagi kegunaan perniagaan perlu mendapatkan Lesen barangan kawalan berjadual (CSA).
#PrezCom
Baca Lebih Banyak Berita: