
Kuala Lumpur, 12 December 2023, 16:53 – SEJAK kebelakangan ini, negara dikejutkan dengan beberapa kehilangan dan kematian kanak-kanak dan remaja yang tidak dapat dikesan dalam masa yang cepat. Seperti yang diketahui oleh umum, kes paling terbaru merupakan kematian kanak-kanak berusia 6 tahun dan telah ditemui mati dibunuh. Jadi apakah yang ibu dan ayah perlu sediakan untuk mengesan anak-anak yang hilang?
Sehingga kini kes seorang kanak-kanak autisme yang telah mati dibunuh setelah dua hari tidak dapat dijejaki masih lagi di dalam siasatan polis dan sentiasa menjadi tumpuan netizen bilakah kebenaran akan terungkai dan kes akan selesai. Polis masih lagi mencari siapakah pembunuh sebenar kanak-kanak itu.
Setelah beberapa kes kehilangan berlaku, ibu bapa telah diperingatkan supaya memulakan pengawasan rapi terhadap anak-anak walaupun berada hanya di hadapan rumah. Paling ditakuti adalah apabila membawa anak-anak di kawasan tumpuan ramai.
Mo
Salah satu cara adalah dengan memasang atau memakaikan anak dengan beberapa jenis alat ‘GPS Tracker’ untuk mengesan dan mengetahui di mana anak-anak anda berada waktu itu. Sekiranya anak-anak kita masih berada di kawasan yang sama, maka mudah dan cepatlah untuk mendapatkan mereka kembali.
Terdapat tiga pilihan yang seringkali digunakan oleh ibu bapa. Malah, orang dewasa sendiri pun menggunakan alatan pengesan lokasi ini bagi mengelakkan hal yang tidak diingini dan ia dilihat selari dengan perkembangan zaman yang penuh dengan cabaran ini.
1. GPS Tracker: Kunci, keychain atau clip on.
Barangan paling ringan dan paling mudah untuk dijadikan tracker adalah dalam bentuk cincin kunci atau keychain, loket dan penjejak klip-on untuk dipakai sebagai perhiasan untuk digantung pada beg galas atau pakaian kanak-kanak.
Banyak penjejak mempunyai butang SOS yang besar dan jelas (selalunya satu-satunya butang pada peranti). Malah kanak-kanak kecil boleh menekannya jika berada dalam situasi bahaya, dan anda akan segera menerima pemberitahuan serta butiran lokasi.
Satu kelemahan penjejak GPS dalam bentuk barangan yang boleh digantung adalah, kanak-kanak yang lebih tua mungkin sengaja cuba mengalih keluar penjejak untuk mengelak daripada dipantau. GPS seperti cincin, keychain dan klip-on pula ia dilekatkan pada beg galas atau jaket, jadi jika anak anda menanggalkannya untuk pergi bermain, anda hanya akan melihat lokasi penjejak tidak bergerak. Antara gajet yang menjadi pilihan:
– Apple Tag
– GPS Tracker Jiobit
– GPS Tracker Relay Kids
2. Smart Watch/Jam Pintar.
Tidak seperti penjejak cincin kunci, jam tangan pintar dipakai pada pergelangan tangan kanak-kanak, dan oleh itu ia tidak mungkin ditanggalkan semudah beg galas atau jaket. Bukan itu sahaja, jam pintar biasanya mempunyai lebih banyak ciri, termasuk panggilan (dengan atau tanpa video), menghantar mesej, mengira langkah, permainan pendidikan dan seumpamanya. Itu menjadikan alat ini lebih menarik untuk kanak-kanak, yang merupakan kelebihan yang besar.
Ingat juga bahawa untuk sesuai digunakan oleh kanak-kanak, peranti perlu cukup kuat untuk menahan lebih daripada sekadar mencuci tangan; ia perlu kuat dalam permainan kasar dan kehidupan kanak-kanak kerana mereka sangat aktif. Antara jam yang menjadi pilihan:
– Fitbit Ace
– Apple Watch SE
– Amazfit Bip U Pro
3. Aplikasi telefon.
Apabila anak anda sudah sedikit dewasa dan mempunyai telefon pintar, pilihan GPS Tracker yang paling sesuai dan mudah ialah aplikasi di dalam telefon. Menggunakan aplikasi akan menyelamatkan anak remaja anda daripada perlu membeli alat-alat tambahan seperti di atas. Bukan itu sahaja, banyak aplikasi yang percuma anda boleh pilih dan boleh digunakan seisi keluarga. Antaranya adalah:
– Find My Kids Location Tracker
– Family 360
– Google Family Link
Walau apa pun, perlu diingatkan kehilangan kanak-kanak yang semakin berleluasa, dinasihatkan kepada ibu bapa supaya lebih berhati-hati ketika berada di luar rumah bersama anak-anak.
#PrezCom
Baca Lebih Banyak Berita:
Lelaki Autisme Yang Hilang Selamat Ditemui Oleh Pemandu Teksi