
Kuala Lumpur, 10 December 2023, 10.00 pagi – KINI timbul pula kisah pemuda Autisme hilang dari pengawasan keluarga. Namun pagi ini lelaki tersebut telah selamat ditemui oleh seorang pemandu teksi. Muhd Nuh Ibrahim Mohd Eddie Bahrin, 24, ditemukan kira-kira jam 9 malam tadi kira-kira 35 kilometer dari dia dilaporkan hilang di Kampung Sumbiling Mogon.
Semalam Muhd Nuh Ibrahim Mohd Eddie Bahrin, 24, dikhuatiri hilang di Kampung Sumbiling Mogon. Muhd Nuh disedari hilang oleh bapanya pada kira-kira jam 7 pagi.
Bagaimanapun, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Roslan Osman berkata, pihaknya hanya menerima panggilan berhubung kehilangan pemuda itu pada jam 5.51 petang.
Pasukan bomba ke lokasi bagi mendapatkan maklumat lanjut untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR) selepas pengadu memaklumkan anaknya yang juga penghidap austisme telah hilang.
ketika operasi SAR dijalankan, pasukan bomba menemui pakaian dipercayai milik mangsa di tepi jalan Kampung Sumbiling. Maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
Namun pagi ini lelaki tersebut telah selamat ditemui oleh seorang pemandu teksi, Muhd Nuh Ibrahim Mohd Eddie Bahrin, 24, ditemukan kira-kira jam 9 malam oleh seorang pemandu teksi sejauh kira-kira 35 kilometer dari dia dilaporkan hilang di Kampung Sumbiling Mogon.
#PrezCom
Baca Lebih Banyak Berita:
Kanak-Kanak Autisme Zayn Rayyan Ditemui Telah Meninggal Dunia