Kuala Lumpur, 7 December 2023, 15:45 – ZAYN Rayyan Abdul Matiin, 6, kanak-kanak lelaki autisme yang dilaporkan hilang pada 5 December yang lalu telah pun ditemui. Namun, hanyalah jasadnya sahaja yang kembali ke pangkuan keluarga.
Adik Zayn telah ditemui meninggal dunia di aliran anak sungai berhampiran kawasan kediamannya jam 10 malam tadi oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya. Mangsa dijumpai terbaring di sungai yang terletak pada jarak kira-kira 200 meter dari blok kediamannya, di Aparment Idaman, Damansara Damai di sini.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, yang berada di lokasi kejadian turut mengesahkan penemuan mayat mangsa.
Zayn Rayyan disedari hilang oleh ibunya ketika menaiki tangga untuk pulang ke rumah mereka di tingkat tiga apartment berkenaan, kira-kira jam12.30 tengah hari.
Ibu Zyn, Ismanira Abdul Manaf, 28, berkata, beberapa orang murid sekolah yang di dalam perjalanan pulang dari sekolah beritahu melihat anaknya masuk ke kawasan belukar yang berdekatan.
Ismanira seterusnya memaklumkan kepada suami dan penduduk setempat untuk membantu mencari Zayn. Sebelum itu Ismanira telah pun keluar mencari Zayn di sekeliling kawasan tersebut namun gagal menemuinya.
Seorang penduduk Apartment Idaman, Damansara Damai, Faizol Najib Abdul Naim, 45, berkata terdetik dalam hatinya untuk meninjau di kawasan anak sungai walaupun sebelum ini Unit Anjing Pengesan (K9) Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah melakukan pencarian di lokasi sama.
Ketika Faizol sedang meninjau di kawasan tersebut dan menyuluh ke arah sungai, dia mendapati adanya sekujur tubuh dalam keadaan mengiring di kawasan penemuan mayat Zayn.
Faizol Najib kemudian bersama kumpulan pencariannya memeriksa keadaan tubuh itu dan mendapati pakaian serta lencana sekolah adalah sama seperti yang dinyatakan semasa kanak-kanak itu dilaporkan hilang.
Mereka kemudiannya memaklumkan kepada anggota polis yang ada bersama, sebelum mengetahui Zayn sudah tidak bernyawa selepas pihak polis melakukan pemeriksaan. Kes diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut dan siasatan lanjut masih dijalankan.
#PrezCom
Baca Lebih Banyak Berita:
Bagaimana Anda Boleh Maju Ditempat Kerja Jika Anda Adalah Pesakit ADHA , Autisme Dan Disleksia?