Kuala Lumpur, 22 November 2023, 9.39 malam – APA itu penyakit ADHA? Ia adalah ‘Attention Deficit Hyperactivity Disorder’. Pesakit ini akan mendapat gangguan jangka panjang yang disebabkan perbezaan dalam perkembangan otak dan aktiviti otak. Ianya dimanifestasikan dengan perilaku impulsif, hiperaktif, dan sukar untuk menumpukan perhatian dalam jangka masa yang panjang. Masalah ini boleh mempengaruhi prestasi kanak-kanak tersebut di sekolah, tingkah laku serta dalam hubungan. Biasanya pesakit ini akan mudah Mudah terganggu, pelupa, mengabaikan orang lain, tidak mengikuti arahan, tidak dapat menyelesaikan pekerjaan atau tugas di sekolah, kehilangan fokus, mempunyai masalah dengan keteraturan, dan mengelak dari tugas yang memerlukan perhatian panjang.

Seorang pesakit ADHA boleh berkerja sekiranya ia telah pulih samada sepenuhnya atau pun masih menjalani rawatan. Stigma adalah satu perkara yang boleh menjejaskan kehidupan pesakit mental. Persepsi negatif oleh anggota masyarakat terhadap pesakit mental selalunya menyebabkan mereka tertekan kerana masyarakat menganggap mereka selalu bertindak di luar jangkaan. Tanggapan ini menjadi lebih jelas dengan paparan berita-berita daripada media cetak dan media elektronik tentang pembunuhan dan amukan yang dilakukan oleh pesakit mental. Sekiranya seorang pesakit mental atau ADHA mahu berkerja dan menjalani kehidupan seperti orang sihat, mereka perlu mempersiaplkan diri dengan menerima beberapa latihan atau tugas bagi mempertingkat tahap kesihatan mereka agar Kembali pulih dan maju di dalam perkerjaan.

Faktor-faktor pesakit mental perlu bekerja adalah:

1. Pekerjaan sebagai media rawatan.
2. Mengembalikan pesakit ke dalam sistem masyarakat.
3. Pesakit belajar melalui rutin seharian.
4. Banyak nilai terapeutik dalam pekerjaan
5. Menyediakan unsur-unsur positif dari segi:

A) Berdikari dalam aktiviti seharian – bangun pagi, mandi, pakai pakaian yang bersih

B) Kestabilan mental – cabaran di tempat kerja

C) Kefungsian kognitif-belajar perkara-perkara baru

D) Berdikari dari aspek fizikal.

E) Menanamkan work habits yang baik.

F) Berkeupayaan untuk bersosial

G) Berkeupayaan untuk menguruskan penyakit mereka-perlu makan ubat dan

H) Mendapatkan bantuan apabila hadapi masalah.

Majikan perlu sentiasa berbincang dengan pesakit dibawah kendalian mereka dengan memantau keadaan mereka dan mendapat maklum balas tentang tahap kesihatan mereka.

Sehubungan dengan itu, kejayaan pesakit mental adalah bergantung kepada faktor-faktor seperti:

1. Pesakit sendiri berminat untuk bekerja
2. Pekerjaan yang ditawarkan bersesuaian dengan keinginan pesakit
3. Sokongan berterusan dari semua pihak terutama ahli keluarga

Pekerjaan yang ditawarkan kepada mereka perlu bersesuaian dengan kehendak dan keupayaan mereka dan sokongan yang berterusan daripada ibubapa / keluarga / penjaga amatlah penting sebagai pembakar semangat untuk mereka lebih berdedikasi dan komited didalam pekerjaan yang mereka lakukan. Masyarakat juga memainkan peranan yang sama beratnya berganding bahu bersama-sama untuk menghulurkan bantuan dan menerima mereka seperti insan biasa yang lain.

Apa Itu Penyakit Autisme?

Autisme adalah gangguan perilaku dan interaksi sosial akibat kelainan perkembangan saraf otak. Kondisi ini menyebabkan penderitanya sulit berkomunikasi, berhubungan sosial, dan belajar. Autisme disebut juga sebagai gangguan spektrum autisme atau autism spectrum disorder (ASD). Istilah spektrum sendiri mengacu pada gejala dan tingkat keparahan penyakit ini yang berbeda-beda pada tiap penderitanya.
Gangguan yang termasuk dalam ASD adalah sindrom Asperger, gangguan perkembangan pervasif (PPD-NOS), gangguan autistik, dan childhood disintegrative disorder (sindrom Heller). Kondisi ini sering kali dikaitkan juga dengan sindrom savant. Berdasarkan data yang dihimpun oleh WHO, autisme terjadi pada 1 dari 160 anak di seluruh dunia. Sedangkan di Indonesia, hingga saat ini belum ada data yang pasti mengenai jumlah penderita autisme.

Penyebab autisme belum diketahui secara pasti. Namun, ada beberapa faktor yang dikethaui dapat meningkatkan risiko terjadinya autisme, misalnya kelainan genetik, riwayat autisme dalam keluarga, dan kelahiran prematur. Berkerja dengan orang autisme dianggap mencabar kerana kesukaran mereka dalam berkomunikasi, tidak memahami orang lain serta tidak memiliki kebolehan intelek yang luas. Faktor ini dilihat antara penyebab tidak banyak peluang pekerjaan dapat ditawarkan kepada mereka, sekaligus membuatkan mereka hanya bergantung hidup kepada ahli keluarga masing-masing.

Empat tugas yang boleh dilakukan penghidap autisme:

1. Pembungkusan

Masyarakat perlu memahami bahawa spektrum autisme adalah sangat luas. Mereka memiliki kemampuan mendengar arahan dengan teliti dan bersistem. Oleh itu mereka boleh melakukan pekerjaan mudah yang berulang-ulang seperti membungkus barangan.

2. Dobi

Penghidap autisme mampu untuk membezakan jenis pakaian, warna dan fabrik kain. Mereka boleh memahami konsep asas menggunakan mesin basuh serta membezakan penggunaan suhu air untuk membasuh pakaian.

3. Bekerja di kafeteria

Menyedari peluang pekerjaan untuk golongan autisme adalah sangat terhad, Mohd Adli Yahya, 45 tahun, telah menubuhkan Autism Cafe Project bagi memberi sokongan kepada anaknya yang juga penghidap autisme untuk berdikari dan hidup seperti remaja normal yang lain.

4. Pengurusan rumah

Penghidap autisme boleh melakukan pekerjaan mudah seperti mencuci lantai, menyusun barang dan mengelap
meja. Kemahiran ini hanya perlu dilatih dan diajarkan kepada mereka. Ini akan membuka peluang kepada mereka untuk bekerja di sektor perhotelan.

Penghidap autisme adalah seseorang yang sangat fokus dan mustahil untuk mereka menipu atau curi tulang semasa bekerja.
“Terdapat tiga tahap autisme iaitu sangat ringan (mild), sederhana (moderate) dan parah (severe). Proses melatih individu yang menghidap autisme untuk menguasai sesuatu kemahiran bergantung kepada kebolehan dan emosi mereka.

Rumah penjagaan perlu diwujudkan agar mereka dapat belajar bagaimana untuk berdikari dan pada masa yang sama, dilatih supaya dapat memberi sumbangan kepada masyarakat.

Peluang dan kepercayaan perlu diberikan kepada penghidap autisme untuk membangunkan kehidupan mereka dan meningkat kualiti perkerjaan yang mereka ceburi.

Apa Itu Penyakit Disleksia?

Dyslexia atau disleksia adalah masalah cara otak berfungsi, cara berfikir, cara melihat dan cara mendengar. Dyslexia adalah masalah yang tidak kelihatan. Dari segi paras wajah dia kelihatan segak dan cantik akan tetapi menghadapi kesukaran membaca, mengira dan menulis. Walaubagaimanapun kecerdasan berfikir tidak tergugat malahan mungkin di tahap yang tinggi dan’ gifted’. Di Malaysia lebih kurang 500,000 kanak-kanak yang mengalami dyslexia (statistik 2008 – Kementerian Pendidikan)

Ciri-Ciri Petanda dan Simptom Dyslexia

1. Masalah memakai butang baju, ikat tali kasut
2. Kasut di sebelah kiri/kanan dan tidak perasan
3. Kelam kabut dan mudah melanggar perabot
4. Kesukaran melompat, atau skip
5. Kesukaran membaling, menyambut bola
6. Kesukaran menggunakan kata arah dalam/luar, atas/bawah, kehadapan/kebelakang
7. Kesukaran respon terhadap arahan
8. Kemungkinan lambat dalam perkembangan pertuturan
9. Salah guna perkataan contoh “carpark”- “park-car”
10. Masalah menyebut perkataan mempunyai sukukata contoh “hospital”- “hostipal”
11. Kesukaran menamakan objek
12. Keliru kiri dan kanan
13. Keliru penggunaan tangan kiri/kanan
14. Kesukaran membentuk huruf dan pembalikan menulis perkataan contoh. “tuhan -hutan”
15. Kesukaran menyalin daripada papan hitam
16. Masalah mengigati hari dalam seminggu, bulan dalam setahun, sering terlupa tarikh lahir dan lain-lain.
17. Kesukaran menyatakan masa
18. Tidak tentu mengenai esok, semalam, lusa
19. Masalah mengingati urutan hari dalam seminggu, bulan dalam setahun.
20. Lemah dalam membaca cara pandang-sebut-atau secara fonologi.
21. Mudah letih disebabkan konsentrasi yang amat mendalam.

Disleksia adalah ketidakupayaan untuk mengaitkan bunyi perkataan dengan huruf yang perkataan tersebut. Ia dianggap cacat pembelajaran, tetapi ia tidak mempunyai kaitan dengan kecerdasan. Ia juga tiada hubungan dengan masalah penglihatan.Orang dewasa dengan disleksia telah mengalamnya sepanjang hayat mereka, tetapi ia mungkin tidak didiagnosis. Mempunyai disleksia semasa dewasa boleh mendatangkan beberapa cabaran berbeza daripada kanak-kanan dengan disleksi.

Simptom disleksia dewasa:

1. Sesetengah simptom disleksia pada kanak-kanak dan dewasa termasuk masalah berikut:
2. Membaca
3. Menyelesaikan masalah matematik
4. Menghafal
Pengurusan masa.

Orang dewasa yang menghidap disleksia juga mungkin tidak dapat membuat ringkasan bagi cerita yang mereka dengar atau dibaca. Mungkin juga mempunyai masalah untuk memahami jenaka dan idiom. Kadang-kadang, isu-isu pembacaan tidak ketara pada orang dewasa dengan disleksia, oleh itu keadaannya mungkin tidak didiagnosis semasa kecil.

Di samping simptom ini, isu lain mungkin mengganggu fungsi harian. Antaranya:

1. Kesukaran untuk fokus pada satu tugas
2. Mengelakkan mesyuarat yang berkaitan dengan perancangan
3. Berlebihan terhadap kesilapan anda
4. Mengenakan peraturan yang ketat pada diri sendiri
5. Belajar dengan lebih baik secara visual atau melalui pengalaman
6. Mudah terjejas dengan tekanan
7. Keyakinan diri yang rendah
Menguruskan disleksia dewasa
Terdapat beberapa ujian yang mungkin dilakukan oleh doktor untuk menentukan tahap disleksia. Ujiannya mungkin termasuk:
1. Ujian penglihatan
2. Ujuan pendengatan
3. Ujian membanca
4. Ujian psikologi

Soal selidik mengenai gaya hidup dan pekerjaan:

Sebaik sahaja doktor menilai tahap disleksia anda, mereka akan menyediakan satu pelan rawatan untuk membantu menguruskan keadaan anda. Pelan rawatan boleh termasuk:

1. Latihan atau tunjuk ajar untuk membantu meningkatkan kemahiran membaca, yang penting untuk disleksia pada sebarang peringkat umur.
2. Terapi kerja untuk membantu anda mempelajari cara untuk bekerja dan menguruskan isu-isu penyebab disleksia anda di tempat kerja:
3. Minta arahan diucapkan bukannya bertulis
4. Mencari kaedah untuk membantu anda belajar dan ingat
5. Latihan tambahan dalam subjek atau tugas yang membuat anda tidak selesa
Teknologi juga boleh menjadi suatu yang penting dalam menguruskan disleksia, terutamanya bagi orang dewasa yang bekerja. Beberapa perkara yang boleh membantu termasuk:

1. Merakam mesyuarat atau perbualan penting untuk mendengar semula jika anda terlepas maklumat penting.
2. Menggunakan aplikasi dan perisian ucapan ke teks supaya anda tidak perlu menulis atau menaip segala-galanya.
3. Menggunakan aplikasi organisasi atau penganjur elektronik untuk membantu memastikan anda berada di landasan dan meminimumkan gangguan.

Apa pun alasan untuk golongan orang-orang istimewa ini, mereka harus diberi peluang untuk terus hidup seperti orang biasa. Ubah persepsi anda terhadap golongan ini sekiranya satu ketika dahulu anda adalah diantara orang-orang yang memandang rendah kepada keupayaan mereka.

#PrezCom