
Kuala Lumpur, 27 November 2023, 10:00 – ALIF atau Mohd Hazalif Mohd Hazani iaitu seseorang pempengaruh media sosial, telah membuat pengakuan bahawa beliau telah pun berkahwin buat kali kedua dengan seorang wanita pada 18 November yang lalu.
Usahawan itu juga membuat pengakuan untuk mengelakkan dari berlaku fitnah dan menjadi bualan orang ramai mengenai perkahwinannya itu.
Alif juga mengatakan kesyukurannya kerana apa yang dikatakan oleh netizen mengenai status dirinya adalah benar iaitu dirinya telah mendirikan rumah tangga dengan wanita lain dan ianya bukanlah satu skandal yang diada-adakan untuk memburukkan dirinya.

Disebabkan pernikahan keduanya itu telah pun tersebar, maka Alif telah mengambil keputusan untuk mengaku kepada orang ramai bagi menyampaikan berita bahawa dia telahpun madukan isterinya, Aisyah Nur Jannah!
Walaupun Alif tidak menceritakan secara terpirici mengenai madu kepada Aisyah namun dia telah pun membuat pengakuan tersebut melalui laman Instagram muliknya.
Dia meluahkan rasa syukur kerana isteri isteri pertamanya menerima keputusan ini dengan tabah dan sanggup berkongsi kasih bersama wanita lain demi mententeramkan rumahtangganya dan tidak mahu menimbulkan kekecohan.
Menurut Alif lagi, beliau mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Aisyah kerana masih setia bersamanya walau pun beliau tahu bahawa amat perit untuk Aisyah menerima kenyataan itu. Aisyah seorang wanita yang tabah yang dipilih oleh Allah untuk menempuh ujian ini dan menempuh berbagai ujian yang lain.
Sementara itu, Aisyah turut mendoakan kebahagiaan suaminya Alif dan madunya dan meminta orang ramai supaya tidak bercakap buruk mengenai perkahwinan suaminya itu. Aisyah memohon supaya orang ramai mendoakan yang baik-baik untuk beliau dan suami serta madunya agar sentiasa tenang dan damai.
Untuk pengetahuan semua, Alif dan Aisyah telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2017 dan dikurniakan 2 orang Cahaya mata. Pada bulan Oktober yang lalu, Aisyah ada mendedahkan bahawa perkahwinannya itu telah mula dihimpit oleh orang ketiga iaitu salah seorang pekerjanya. Aisyah juga memberitahu bahawa, beliau pernah membawa suaminya itu untuk berubat setelah mempercayai bahawa suaminya itu telah terkena penyakit ain selain dari sihir pemisah bagi memisahkan beliau dan suaminya.
https://www.tiktok.com/@alifteega/video/7305717147626425601?lang=en
#PrezCom
Artikle Berkaitan :>
Lah Ahmad Sedih Di Atas Pemergian Nenek Pada Usia 102 Tahun.