Kuala Lumpur, 24 November 2023, 2.09 petang – KETUA Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Dr Suriani Sudi berkata sehingga sekarang syarat untuk seseorang menjadi pramugari adalah perlu mematuhi etika pakaian ditetapkan syarikat penerbangan, termasuk tidak bertudung.Ia mengakibatkan sesetengah wanita Muslim terpaksa membuka tudung ketika bekerja dan ada yang menarik diri dari menceburi kerjaya itu. Implementasi pilihan pakaian seragam baharu bersama tunik dan tudung untuk pramugari (British Airways) seharusnya menjadi ikutan syarikat penerbangan negara ini, memandangkan Islam agama persekutuan dan Muslim merupakan penduduk majoriti. Manfaat pilihan uniform baharu di British Airways itu bukan sahaja kepada pekerja wanita Muslim tapi kepada semua wanita untuk mempunyai pilihan mengenakan pakaian seragam lebih sopan dan selesa. Jika British Airways boleh melakukan perkara tersebut mengapa syarikat penerbangan yang lain tidak boleh melakukannya? Dan yang paling penting, syarikat British Airways tidak mengumumkan mereka kerugian disebabkan terdapat paramugarinya yang berhijab.

Majikan yang meminta pekerja membuka tudung jelas tidak menghormati Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan setiap individu berhak untuk menganuti dan mengamalkan agamanya. Wanita bertudung dan bekerja di bahagian perkhidmatan pelanggan atau ‘front desk’ yang dilarang memakai tudung oleh majikan boleh mengambil tindakan undang-undang sekiranya dipaksa menanggalkan tudung mereka. Memetik kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (Centhra) Azril Mohd Amin berkata, majikan yang gagal mematuhi syarat berkenaan terhadap wanita Islam yang dinafikan hak kebebasan beragama iaitu memakai tudung di tempat kerja jelas melanggar Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

Setiap rakyat Malaysia berhak mengamalkan pegangan agama masing-masing walaupun majikan mempunyai hak mengenakan kod pemakaian kepada pekerjanya. Dalam pada itu, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin turut menyifatkan tindakan tidak membenarkan kakitangan wanita yang bekerja di barisan hadapan hotel memakai tudung kononnya mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan menjadi amalan antarabangsa adalah sama sekali tidak wajar. Malah, pemakaian pakaian berbentuk keagamaan jika atas sebab keselamatan atau kesukaran melaksanakan tugas mestilah dalam keadaan perlu saja iaitu jika pakaian agama itu menghalang pemeriksaan keselamatan, kepentingan dan ketenteraman awam, dan pemakaian tudung tentunya jelas tidak jatuh dalam mana-mana kategori itu.”

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mesti mengambil tindakan segera mengubah dasar diamalkan sesetengah hotel di negara ini yang melarang wanita bertudung daripada bekerja di barisan hadapan. Lebih dari separuh penduduk dunia menjadikan pemakaian hijab sebagai perkara paling penting di dalam kehidupan. Untuk agama islam, pemakaian hijab adalah perkara yang wajib kerana ia adalah salah satu tuntutan di dalam agama. Bagi wanita yang bukan beragama islam pula, berhijab atau bertudung merupakan perlindungan kepada rambut dan kepala. Berhijab tidak boleh dipisahkan dari wanita kerana ia mempunyai berbagai fungsi dan kegunaan. Hijab atau tudung boleh dipakai sebagai fesyen kepada beberapa negara didunia. Berbagai fesyen boleh digayakan dengan tudung . Kesimpulannya, adalah sangat rugi jika tidak bertudung.

#PrezCom

Artikle Berkaitan :>

Roti Canai Malaysia, Roti Tersedap Didunia