Kuala Lumpur, 23 November 2023, 10.04 malam – TIADA kesalahan menjadi penggemar roti canai. Roti yang kini menjadi roti tersedap didunia. Tidak perlu menjelajah jauh untuk mencari roti paling sedap didunia kerana ianya sangat mudah didapati dinegara kita. Diceruk rantau dilorong dan lurah tetap ada orang yang menjual roti canai. Patutlah restoran mamak menjadi medan selera siang dan malam oleh rakyat Malaysia dan rakyat luar negara kerana nikmat kesedapannya roti canai telah terbukti diseluruh dunia.

Sebanyak 50 jenis roti terbaik telah disenaraikan dan roti canai mencapai skor tertinggi iaitu 4.9 daripada 5.0 berdasarkan ulasan pengguna. Hidangan popular di Malaysia itu telah dinobatkan sebagai roti terbaik mengalahkan sajian-sajian lain yang popular di serata negara dan ia telah diiktiraf oleh TasteAtlas yang boleh dilihat dilaman Instagram mereka. Untuk rekod, roti canai pernah mengungguli carta 50 makanan jalanan terbaik di dunia, pada September tahun lalu.

Mengikut carta yang disiarkan di dalam TasteAtlas tersebut, roti canai bukan sahaja berjaya mengalahkan India yang popular dengan Roti Naan,r tetapi juga Eropah yang terkenal dalam penghasilan pastri terbaik dunia. Bukan sahaja pada tahun ini TasteAtlas mengiktiraf roti canai buatan Malaysia sebagai roti yang tersedap didunia, roti Canai juga dinobatkan sebagai makanan jalanan terbaik di dunia pada tahun lepas. Ini telah membuatkan roti canai sajian rakyat Malaysia ini telah mendapat pengiktirafan dari seluruh dunia. Ini amat membanggakan kita semua.

Menambahkan lagi nikmat sarapan pagi, roti canai akan lebih ‘terangkat’ jika ada secawan teh tarik. Disebabkan keenakannya, maka tidak hairanlah menu ini bukan hanya dekat di hati rakyat Malaysia, malah ia turut digemari pelancong asing sehingga dinobatkan sebagai ‘roti terbaik di dunia’ oleh laman web TasteAtlas.

Menduduki ranking pertama dalam carta tersebut, roti canai mendapat skor tertinggi iaitu 4.9 daripada 5.0 berdasarkan ulasan pengguna. Pan de bono’ dari Colombia berada di belakang roti canai, juga dengan skor 4.9, manakala roti naan dari India hanya berada di kedudukan ketiga dengan skor 4.8. Bukan hanya mengalahkan India yang popular dengan roti naan, Eropah yang dikenali sebagai negara penghasilan pastri terbaik dunia turut ‘tersungkur’ dikalahkan roti canai.

Tahniah diucapkan kepada semua penebar roti canai diseluruh Malaysia. Anda adalah hero sebenar yang telah membuatkan nama roti canai begitu terkenal kini di dalam sajian makanan terkenal dan terbaik didunia. Dimasa akan datang diharap pada para peniaga roti canai, sila tambah berbagai perisa di dalam roti canai anda agar berbagai rasa dapat dirasai di dalam roti canai buatan Malaysia. Mungkin hingga ke Ethopia juga akan ada orang yang akan mengikuti untuk merasai roti tersedap didunia ini.

#PrezCom