
Kuala Lumpur, 14 Mei 2023 3.40pm. Pemuda UMNO secara terbuka memohon maaf diatas kritikan yang dibuat sebelum ini terhadap Datuk Seri Mohamad Sabu apabila Dr. Muhamad Akmal Saleh, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO mengkritik pelantikan beberapa orang pengerusi baharu dibawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM). Permohonan maaf secara terbuka ini di buat oleh Dr. Muhamad Akmal semasa sesi dialog di Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.
Ramai juga pemerhati politik yang menunggu kenyataan Dr. Akmal sama ada adakah beliau juga akan memohon maaf juga diatas kritikan yang dibuat beliau terhadap isu ‘Sekolah Persendirian Cina Dapat Lebih Banyak Peruntukan dari Sekolah Aliran Agama (Tahfiz).
Terdahulu sebelum ini kejadian yang sama berlaku apabila Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara, Khalid Abd Samat yang telah memohon maaf kepada UMNO apabila beliar mengeluarkan kenyataan supaya Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah serta Lembaga Pengampunan agar menolak permohonan pengampunan Najib Razak.
Berita Berkaitan:
Adakah Parti AMANAH Londehkan Prinsip Demi UMNO?
#PrezCom