
Putrajaya, 3 Mei 2023 11.30am. Pada 28 April 2023 yang lalu, Pengarah Komunikash Parti Amanah Negara, Khalid Abd Samat telah mengeluarkan kenyataan merayu kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah serta Lembaga Pengampunan agar menolak permohonan pengampunan Najib Razak. Belum pun sampai seminggu kenyataan ini dikatakan telah berubah.
Terbaru menurut Datuk Seri Dr. Hj Ahmad Zahid bin Hamidi kenyataan yang dibuat oleh Khalid Abd Samad itu adalah kenyataan peribadi beliau dan bukannya kenyataan parti AMANAH. Perkara ini di sahkan sendiri oleh Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub yang hadir bersama di Majlis Rumah Terbuka Timbalan Perdana Menteri di Sri Satria di Putrajaya dan dalam masa yang sama membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Zahid Hamidi. Salahuddin Ayub juga menambah, katanya; “sebarang ketelanjuran itu adalah biasa bagi orang politik”.
#PrezCom