Putrajaya, 5 April 2023 7.30pm. Terdahulu sebelum ini Tun Dr. Mahathir Mohamed telah mengadakan satu sidang media yang bertempat di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya dan didalam sidang media tersebut Tun Dr. Mahathir telah memberikan tempoh tujuh (7) hari kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjelaskan tuduhan-tuduhan yang disifatkan sebagai lontaran fitnah keatasnya, Tun juga telah mengemukakan surat tuntutan (Letter of Demand) kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membuat penjelasan.

Terbaru Dr. Mahathir melalui peguamnya telah memfailkan writ saman berjumlah RM150 juta di Mahkamah Tinggi Shah Alam ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan lontaran fitnah keatasnya yang didakwa sebgai “mengumpul kekayaan peribadi ketika berkuasa”.

Mengulas isu ini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, katanya “Tak apa, peguam saya ada. Biar peguam jalankan tanggungjawabnya”

Berita Berkaitan: Sidang Media Tun Dr. Mahathir Mohamed. https://prezcom.my/2023/03/28/tun-mahathir-beri-masa-7-hari-pada-anwar-ibrahim/

#PrezCom