Putrajaya, 28 Mac 2023 01.00pm. Tun Dr. Mahathir Mohamed hari ini mengadakan satu sidang media yang bertempat di Yayasan Kepimpinan Perdana, Puterajaya. Didalam sidang media ini Tun Dr. Mahathir memberikan amaran kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjelaskan tuduhan-tuduhan yang dibuat keatasnya beberapa kali tetapi khususnya sewaktu Kongres Nasional Khas PKR 2023 baru-baru ini yang disifatkannya sebagai satu fitnah. Tun Dr. Mahathir juga memberikan masa tujuh (7) hari dan mengemukakan surat tuntutan @ Letter of Demand (LOD) kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membuat penjelasan.

Di dalam sidang media itu Tun Dr Mahathir membacakan dialog yang di sebut oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti berikut;

“Bagi saya (Anwar Ibrahim) ini belum agenda Melayu, agenda Rakyat yang majoritinya Melayu bukannya agenda keluarga dan kroni. Ada orang sekarang setelah 22 tahun campur 22 bulan jadi kuasa sekarang mengeluh Melayu hilang segala-galanya, hilang harta, hilang saham, hilang mana tidak hilang kalau kamu (Mahathir) bolot untuk keluarga kamu dan anak-anak kamu, sekarang bila hilang kuasa bicara soal rakyat. Jangan perbodohkan rakyat. Rakyat harus bangkit mempertahankan hak mereka. Kumpulan tun-tun, tan sri-tan sri, taukeh-taukeh besar ini beberapa kerat orang sekarang merencana untuk menggugat menggunakan sentimen kaum mengajak orang-orang Melayu benci pada kaum-kaum yang lain menyatakan bahawa kuasa hilang. Kamu pegang tampuk kuasa termasuk kerajaan baru-baru ini, mana dia RUU 355, mananya projek peningkatan dana untuk Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah. Belanjawan tahun ini yang meningkatkan jumlah kewangan untuk Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah, tentunya lebih buat Sabah dan Sarawak kerana Sabah dan Sarawak ketinggalan dalam banyak bidang. Jadi saudara-saudara harus waspada. Patriotism, Racism, Religious Bigotry combined are the last refuge of the scoundrel. Bila hilang kausa, bila di cabar, bila takut dengan serangan SPRM dan Lembaga Hasil Dalam Negeri. Kamu kaya berbilion-bilion cukai tak mahu bayar, bawa lari keluar negara dan minta saya jadi Perdana Menteri apa? Saya mahu jadi bengong biarkan ini dan kutip cukai kepada rakyat. Saya akan kutip cukai daripada rakyat tetapi saya tak akan lepaskan taukeh-taukeh yang maha kaya dari memabyar cukai.”

Tun Mahathir juga mendakwa sehari selepas kenyatan itu dikeluarkan, laporan dalam akhbar menunjukkan bahawa orang ramai faham bahawa tuduhan ini dilemparkan terhadap dirinya iaitu dia ada berbilion-bilion ringgit dan di agihkan kepada keluarganya. Tun Mahathir berkata tuduhan-tuduhan ini memberikan gambaran buruk terhadap dirinya.

Di dalam sidang media tersebut juga Tun Dr. Mahathir menyebut, katanya;

“..walaupun Anwar tidak menyebut nama saya tapi laporan dalam akhbar menunjukkan bahawa orang ramai faham bahawa tuduhan ini dilemparkan terhadap diri saya iaitu saya ada berbilion-bilion ringgit dan saya agih untuk saya, untuk keluarga saya, untuk anak saya dan sebagainya, dan saya adalah seorang squandrel. ini memberikan gambaran yang amat buruk bagi saya. ia merupakan satu fitnah melainkan dia boleh tunjuk bukti bahawa saya telah dapat berbilion-bilion ringgit dan melarikan duit itu keluar negara dan saya tidak bayar cukai. Banyak tuduhan-tuduhan yang dibuat dalam ucapan ini. walaupun dahulu saya biasa dengar lebih kurang semacam tapi dulu dia buat Perdana Menteri tapi sekarang dia adalah perdana menteri dan perdana menteri mempunyai tanggungjawab dan tidak boleh membuat tuduhan tanpa bukti yang jelas. sebab itu hari ini saya buat keputusan untuk tuntut supaya ditarik balik tuduhan fitnah yang dilemparkan terhadap diri saya. Saya bagi masa tujuh (7) hari untuk dia tarik balik dan lakukan beberapa acara untuk menunjuk dia bahawa tidak percaya kepada apa yang disebutkan olehnya tetapi kalau tujuh (7) hari dia (Anwar Ibrahim) tidak jawab balik maka saya bebas untuk mengambil tindakan-tindakan yang lain, itulah sebabnya yang saya panggil hari ini kerana bagi saya fitnah ini amat teruk, memberikan gambaran seolah-olah saya ini curi duit, saya hilangkan duit, saya bawa lari duit, tak bayar cukai, saya seorang squandrel dan macam-macam lagi ucapan kepada PKR dan ucapan ini dilapor oleh main media ataupun social media dan nama saya diguna. Jadi jelas sekali ucapannya merupakan satu fitnah terhadap diri saya, bukan orang lain kerana sayalah orangnya yang berkuasa selama 22 tahun campur dengan 22 bulan jadi Perdana Menteri yang ke-empat dan juga Perdana Menteri yang ke-tujuh. Tujuannya ialah untuk memburukkan nama saya dengan turuhan yang tidak berasas, sebab itu saya menulis untuk dia menarik balik kenyataannya ataupun menunjukkan bukti betul apa yang dituduh.”

Tun Dr. Mahathir juga berkata ucapan yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dibuat sehari sebelum satu kumpulan orang Melayu merancang untuk melancar Proklamasi Melayu. Tun Dr. Mahathir menambah, katanya;

“Jadi jelas bahawa dia cuba menghalang proklamasi ini dan kemudian daripada itu seperti mana kita tahu kita tidak dapat lancarkan proklamasi ini kerana di halang oleh pihak berkuasa. Empat tempat kita pindah tapi tidak ada satu tempat pun kita dibernarkan untuk melancarkan proklamasi ini. Proklamasi ini bukan berbau perkauman, tidak menuduh kaum-kaum lain berkenaan apa yang terjadi kepada orang Melayu sebaliknya kita menuduh orang Melayu sendiri yang menyebabkan orang Melayu menghadapi banyak masalah. Ia tidak boleh dikatakan perkauman dan kononnya saya nak timbulkan perasaan benci orang Melayu terhadap kaum-kaum lain. Kita semua berasa benci kepada pemimpin Melayu sendiri yang merosakkan masa depan orang Melayu.”

Tuntutan (LOG) yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir itu disediakan oleh Tetuan Rafique dan dihantar ke Pejabat Perdana Menteri, di Putrajaya.

Sidang Media: https://youtu.be/b5kfJH48SdQ

#PrezCom