
Terbaru, Bekas Ahli Parlimen Merbok (PH-PKR), Nor Azrina Surip dilantik sebagai antara sembilan anggota baharu Suruhanjaya Perkhidmatan Air (SPAN) yang berkuatkuasa semalam. Terdahulu sebelum perlantikan ini Charles Santiago (PH-DAP) telah dilantik semula sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air itu berkuatkuasa 20 Mac lepas.
Nor Azrina Surip adalah merupakan Ahli Parlimen Merbok, Kedah. Nor Azrian telah menduduki kerusi tersebut sejak memenanginya pada Pilihan raya umum Malaysia 2018 mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari Pakatan Harapan. Nor Azain juga adalah ahli majlis pemimpin pusat PKR yang dilantik bulan lalu. Dengan lantikan Nor Azrin Surip dan sembilan (9) lagi anggota baharu SPAN dengan Charles Santiago sebagai Pengerusinya maka ini telah melengkapkan barisan kempimpinan anggota baharu SPAN bagi penggal 2023 dan 2025. Sementara itu Ahli Perlimen DAP Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii dilantik sebagai penasihat khas kepada Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.
Setakat ini antara ahli-ahli politik yang telah dilantik bagi mengisi kekosongan jawatan di beberapa agensi kerajaan dan agensi berkaitan kerajaan (GLC) dengan kerajaan adalah:
- Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA): Abdul Azeez Abdul Rahim, (Timbalan Pengerusi UMNO Negeri Kedah | Ahli Perlimen Baling)
- Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA):Dato Dr. Asyrat Wajdi Dato Dusuki (Setiausaha Agung UMNO)
- Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA):Datuk Seri Dr Noraini Ahmad (Ketua Wanita UMNO / Ahli Parlimen Parit Sulung)
- Pengerusi FELCRA Berhad: Ahmad Jazlan Yaakub.
- Pengerusi Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM): Noor Amin Ahmad (PH-Ahli Parlimen Kangar)
- Pengerusi MyCreative Ventures Sdn Bhd:Datuk Muhamad Bakhtiar Wan Cik (PH-Ahli Parlimen Balik Pulau).
- Pengerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM): Ahmad Sabki Yusof (Amanah)
- Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB): Datuk Husam bin Musa (Amanah-Pasir Mas)
- Pengerusi Tekun Nasional: Abdullah Sani Abdul Hamid (PH-PKR) dan Timbalan Mohd Sany Hamzan (PH-Ahli Parlimen Hulu Langat)
- Pengerusi Bukan Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Syed Ibrahim Syed Noh (PKR)
- Pengerusi SME Corp: Bernard Dompok
Lantikan Politik di bawah Parti Tindakan Demokratik (DAP) pula adalah:
- Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN): Bekas Ahli Parlimen Klang Charles Anthony Santiago
- Pengerusi Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA): Wong Kah Woh (Wong juta merupakan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara sejak tahun 2018)
- Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH): Alice Lau Kiong Yieng
- Pengerusi Lembaga Perindustrian Malaysia (MTIB): Wong Tack
- Duta Khas ke China (Berstatus Menteri): Tan Kok Wai
- Pengerusi Lembaga Pelabuhan Bintulu (BPA): Dr. John Brian Anthony
- Pengerusi Lembaga Pelabuhan Labuan (LPA): Chan Foong Hin
- Penasihat Khas Menteri Kesihatan: Dr Kelvin Yii
Walaupun Kerajaan Perpaduan dikritik berhubung beberapa siri pelantikan politik untuk mengetuai agensi kerajaan dan GLC namun lantikan demi lantikan terus dibuat kebelakangan ini. Ramai juga yang mempersoalkan tentang janji Kerajaan Pakatan Harapan dengan merujuk kepada Janji 22 iatiu: “Menjadikan pentadbiran semua syarikat milik kerajaan (GLC) setaraf dengan piawaian antarabangsa”. Sekiranya dirujuk ‘Buku Harapan’ halaman 54 perenggan 5 berbunyi ” Kerajaan Pakatan Harapan akan memastikan pelantikan ahli lembaga pengarah ke dalam GLC nasional dan negeri adalah dari kalangan golongan professional, dan bukan berdasarkan kaitan politik mereka”. Janji-janji ini dibuat kerana Pakatan Harapan ketika itu mengatakan, katanya; (dengan merujuk perenggan pertama baris ke 6-9 bebunyi ” Lebih memalukan ialah, bilangan sebenar GLC nasional dan GLC negeri tidak diketahui dengan tepat oleh pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. Tetapi, ramai kroni mereka yang terus meraih elaun hasil lantikan ke dalam GLC-GLC itu.”
Hari ini rakyat menuntuk Kerajaan Perpaduan supaya mengotakan janjinya.
Artikel Berkaitan
Habuan Politik 1: Lantikan Politik dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan
https://prezcom.my/2023/03/27/habuan-politik-lantikan-politik-dalam-syarikat-berkaitan-kerajaan/
Habuan Politik 2: Abdul Azeez Rahim di Lantik Sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Yang Baharu
https://prezcom.my/2023/04/06/abdul-azeez-rahim-di-lantik-sebagai-pengerusi-lembaga-kemajuan-wilayah-kedah-keda-yang-baharu/
#PrezCom