Kuala Lumpur, 5 Feb 2025, 3.00 petang – MASYARAKAT di Malaysia seharusnya bersama-sama menolak jenaka yang mempersenda apa jua unsur agama, budaya dan adat masyarakat lain. Perkara ini perlu dilihat sebagai satu ancaman kepada keharmonian hubungan antara agama dan bangsa yang dinikmati di negara kita selama ini. Cogan kata terbaik adalah, jangan mempersendakan agama lain jika kita tidak mahu agama kita dipersendakan.
Baru-baru ini pihak Polis Diraja Malaysia ( PDRM ) telah membuka kertas siasatan berkenaan satu klip video yang didakwa mempersenda upacara agama lain menerusi media sosial. Perbuatan ini dilakukan oleh 6 orang kakitangan termasuk 3 orang penyampai radio stesen yang terkenal dinegara kita.
Perilaku ini telah mendapat kritikan dari berbagai lapisan masyarakat termasuk teguran oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Dato’ Dr Sirajuddin Bin Suhaimee kerana perkara ini mampu menimbulkan kontroversi dikalangan berbagai kaum.
Sering berlaku perbuatan menghina agama lain oleh berbagai kaum sejak kebelakangan ini dan ia merupakan satu petanda yang kurang baik yang boleh menjarakkan jurang keharmonian dikalangan masyarakat majmuk.
Walau bagaimana pun, ketiga-tiga penyampai stesen radio tersebut telah membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung rakaman video yang didakwa mempersenda upacara agama lain menerusi media sosial.
Dalam video yang dikongsi di akaun media sosial era pada Selasa, ketiga-tiga penyampai segmen 3 Pagi Era itu menyebut ” Kami memohon maaf kepada semua pihak berkaitan video kami yang dimuat naik di laman media sosial ERA baru-baru ini berhubung aksi yang kurang menyenangkan dan telah menyinggung hati segelintir pihak dan sahabat-sahabat kami yang berbangsa India.
Dalam perkembangan lain, pihak pengurusan stesyen radio berkenaan turut membuat permohonan maaf dengan perlakuan yang ditunjukan oleh penyampai radio tersebut dan berjanji perkara yang sama tidak akan berlaku lagi.
Terdahulu, media melaporkan penyampai radio 3 Pagi Era iaitu Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin Amir Affendi Ahmad Aruani, memohon maaf di atas video kontroversi mempersenda tarian kavadi iaitu upacara suci penganut Hindu ketika Thaipusam.
Sumber oleh: Berita Harian
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
Minyak Masak Paket Dan Beras Tempatan Yang Berkualiti Masih Hilang Di Pasaran. Kerajaan Tak Cari Ke?