
Kuala Lumpur, 27 Feb 2025, 10.00 malam -Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi yang juga bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, Premis makanan dan hotel yang tidak memiliki sijil halal yang diperakui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melarang penggunaan apa-apa sahaja istilah berkaitan Ramadan terhadap produk jualan yang akan dihidangkan atau dijual kepada pelanggan.
Bukan hanya penjualan produk, malah larangan tersebut turut membabitkan pengiklanan produk serta tawaran perkhidmatan sepanjang Ramadan.
Sebenarnya, Majlis Islam Sarawak (MIS) sudah memaklumkan mengenai larangan tersebut sebelum ini dan akan terus menguatkuasakan perintah serta Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) akan membuat pemantauan rapi bagi memastikan larangan itu dipatuhi.
Contoh larangan yang dikeluarkan oleh jabatan tersebut adalah seperti, Bufet Ramadan, Iftar Ramadan, Jom Iftar dan Selera Ramadan. Larangan tersebut meliputi semua jenis platform media sosial termasuk risalah bercetak, poster atau sepanduk.
Oleh itu, Dr Abdul Rahman menasihatkan semua premis perniagaan harus mendapatkan Sijil Halal Malaysia sebelum menyedia atau mempromosikan perkhidmatan bufet Ramadan. Premis atau hotel yang didapati melanggar perintah ini boleh didenda sehingga RM500,000 dan penalti tambahan yang tidak melebihi RM10 juta.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita: