
Kuala Lumpur, 19 Feb 2025, 9.00 malam – Jabatan Perkhidmatan Awam ( JPA ) menepis dakwaan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengenai penamatan kontrak 30,000 kakitangan adalah tidak tepat kerana segala keputusan berkaitan pelantikan dan pengurusan kontrak dibuat dengan penuh pertimbangan berdasarkan keperluan perkhidmatan serta dasar kerajaan sedia ada.
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menafikan pihaknya mengeluarkan arahan bagi menamatkan kontrak secara besar-besaran terhadap pegawai yang tidak memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dalam satu kenyataan, JPA memaklumkan pengurusan kontrak pegawai lantikan (CoS) adalah berdasarkan keperluan semasa perkhidmatan dan persetujuan kedua-dua pihak.
Jabatan itu juga memaklumkan bahawa pelaksanaan SSPA telah menetapkan bahawa 14 skim perkhidmatan yang sebelum ini menerima kelayakan Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dinaik taraf kepada kelayakan masuk SPM.
Pada 13 Februari lepas, Presiden Cuepacs, Datuk Adnan Mat meminta kerajaan mengkaji semula keputusan untuk tidak menyambung perkhidmatan 30,000 kakitangan kontrak yang tidak memiliki SPM.
Beliau juga dilaporkan berkata, keputusan untuk tidak menyambung perkhidmatan golongan itu seolah-olah tidak adil kerana tidak mengambil kira pengalaman selama enam tahun dalam perkhidmatan kontrak.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
Akta Anti Diskriminasi Yang Baharu Akan Dibuat Sekiranya Keadaan Tidak Dapat Dikawal.