Berhubung insiden melibatkan seorang penjaja di Sepang yang enggan menjual jagung kepada kaum India dengan memaparkan satu tulisan yang kini mencetuskan kontroversi, kementeriannya telah mengerakkan anggota Kawasan Rukun Tetangga (KRT) sebagai orang tengah dalam mencari penyelesaian mengenai perkara ini. Kerjasama antara pemimpin komuniti dan pihak berkuasa  perlu diwujudkan bagi melahirkan suasana yang harmoni dan aman terpelihara.