MARDI Mengesahkan Ketulenan Varieti Beras

Serdang, 27/2/2025

Pegawai Penyelidik Kanan Biologikal Sains (genetik) Pusat Penyelidikan Bioteknologi dan Nanoteknologi, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Mohd Syahril Firdaus Ab Razak baru-baru ini mengesahkan spekulasi mengenai beras putih tempatan (BPT) yang dicampur dalam kampit beras import sebelum dijual di pasaran.

Menurut Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) hasil kajian mendapati daripada 5,000 sampel yang dianalisa menggunakan teknologi pengcapjarian asid deoksiribonukleik (DNA) beras itu dijalankan sepanjang tahun 2023 dan 2024 sekitar 40-50 peritus beras import disahkan bercampur dengan beras putih tempatan (BPT).

Terdahulu sebelum ini Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), melaporkan ada menerima aduan berkaitan isu campuran beras tempatan dan beras import sepanjang 7 Julai hingga 2 September 2023 menerusi Ops Jamin dan di Bawah Ops yang sama KPDN telah menjalankan sebanyak 1,053 pemeriksaan di seluruh negara.

#Prezcom

Berita Berkaitan:
https://prezcom.my/2025/02/26/keluarga-miskin-bakal-sambut-ramadhan-dengan-gembira/