Subsidi Beras Putih Tempatan

Purtajaya, 26/2/2025

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Badrul Hisham Mohd, yang juga Pengarah Pengawalan Padi dan Beras, menyatakan bahawa dari 1 Mac hingga 31 Ogos, sebanyak 2.4 juta beg beras putih tempatan subsidi, seberat 10kg setiap satu, akan dijual pada harga RM26 sebekas di seluruh Semenanjung Malaysia.

Badar Hisham juga menambah, katanya; “Inisiatif kerjaan menyasarkan kepada 400,000 keluarga miskin termasuk 77,000 keluarga miskin tegar dengan had pembelian dua beg setiap isi rumah. Inisiatif ini juga adalah fasa pertama inisiatif subsidi bersasar bernilai RM150 juta yang bertujuan untuk memastikan beras putih tempatan kekal mampu milik.”

Sementera itu salah satu tinjauan kami di lapangan bagi mendapati komen golongan sasaran mendapati meklumbalas yang baik antaranya; Khairul Amir dari Setapak berkata: “dengan gaji bulanan RM1,800 beliau sentiasa memilih beras jenama murah dan dengan kenaikan kos sara hidup sekarang beras murah adalah pilihan Utama,” Menambah lanjut Amir memberitahu inisiatif kerajaan memberikan subsidi untuk beras putih ini adalah berita baik baginya.

Bagi memastikan pengedaran berjalan lancar dan mengelakkan manipulasi, Badrul Hisham menyatakan bahawa pasukan penguatkuasaan akan beroperasi 24 jam sehari, tujuh hari seminggu, menggunakan sistem penjejakan khas (sistem penandaan dan penjejakan digital pada beg beras) untuk memantau rantaian bekalan. “Dengan melaksanakan program ini, kita dapat memastikan bekalan beras sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukannya, tanpa sebarang manipulasi oleh mana-mana pihak,” katanya.

Terdahulu, bagi memastikan ketelusan dan kelancaran rantaian bekalan, kerjaan dibawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminaan Makanan telah memperkenalkan ‘Sistem Pengesanan Beras’ (Rice Tracking System) untuk memastikan bekalan beras tempatan mencukupi dengan penyediaan 24 juta kampit beras putih tempatan 10kg di pasaran.

#Prezcom