Tanah Rezab Melayu Yang Diambil Tetapi Tidak Diganti Merupakan Satu Penginayaan Terhadap Orang Melayu??
Menurut beliau lagi, tanah Rezab Melayu perlu dijual seratus peratus kepada orang Melayu dan tidak boleh dijual kepada orang bukan Melayu. Selain itu, banyak kerugian yang dialami kerana banyak tanah yang diambil bagi tujuan pembangunan tidak diganti kembali.

Kuala Lumpur, 21 Jan 2025, 3.00 petang -SEMASA Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, beliau pernah bersuara dengan mengatakan pengambilan tanah rizab Melayu untuk pembangunan biasanya tidak diganti dengan keluasan atau nilai yang sama merupakan satu perkara yang memberi kesan serius kepada kedudukan Tanah Rizab Melayu sekarang. Dari apa yang diluahkan oleh Datuk Seri Wan Azizah dan banyak pihak lain, adakah itu membawa maksud ianya satu penginayaan terhadap orang Melayu??

SEORANG penyelidik dari Akedemi Tamadun Melayu, Zaharah Sulaiman berkata, masanya sudah tiba bagi pihak kerajaan bertindak untuk merampas kembali hak milik tanah Rezab Melayu yang telah dibangunkan tetapi tidak diganti sehingga hari ini.

Zaharah mendakwa bahawa pihak kerajaan telah menutup perkara ini dan disebabkan itu beliau membantah Rang Undang-Undang ( RUU ) pembaharuan Semula Bandar yang dijangka pembentangannya pada minggu hadapan. Perkara ini telah diluahkannya di dalam satu sidang media baru-baru ini.

Menurut beliau lagi, tanah Rezab Melayu perlu dijual seratus peratus kepada orang Melayu dan tidak boleh dijual kepada orang bukan Melayu. Selain itu, banyak kerugian yang dialami kerana banyak tanah yang diambil bagi tujuan pembangunan tidak diganti kembali.

RUU yang bakal dibentangkan akan menjadi satu peringatan kepada kita iaitu sekiranya kita gagal mempertahankan tanah-tanah milik kita maka tidak ada lagi apa-apa keistimewaan yang dapat ditinggalkan untuk generasi akan datang.

Akta yang digubal dikatakan untuk penambahbaikan Kanun Tanah Negara iaitu Akta Pengambilan Tanah Serta Akta Perancangan Tanah Dan Wilayah.

139 kawasan telah dikenal pasti dibawah URA iaitu yang meliputi tanah seluas 1,400 ekar. RUU tersebut mengandungi 19 seksyen dan mempunyai kuasa mengawal selia kawasan padat dan penuh dengan masalah sosial.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Ahli Parlimen Jangan Hanya Pandai Berhujah Di Dalam Dewan Sekadar Untuk Mendapat Tempat Di Hati Rakyat.