Kerajaan Beri 50 % Tambahan Potongan Cukai Kepada Majikan Yang Mengambil Wanita Kembali Berkerja
“Program Returnship akan diperintiskan bagi menggalakkan wanita kembali bekerja dalam sektor kewangan.

Kuala Lumpur, 19 Feb 2025, 5.00 petang – BERCAKAP tentang kerjaya untuk seorang wanita bukan sesuatu yang pelik untuk difikirkan. Dari zaman dahulu sememangnya wanita sudah pun mengabdikan diri untuk berkerja kerana keperluan untuk membantu suami dan rumahtangga terutama apabila seorang wanita itu kematian suami atau suami sakit dan terpaksa menanggung anak-anak sehingga dewasa.

Dari zaman dahulu sehingga lah zaman sekarang, ramai wanita yang berkerjaya disebabkan masalah yang sama atau pun sayang akan pengajian yang selama ini di usahakan dan dikorbankan untuk menjadi apa yang dicita-citakan.

Untuk itu, di dalam pembentangan bajet bagi tahun 2025, kerajaan akan memberikan potongan cukai tambahan 50 peratus bagi penggajian yang dibayar untuk tempoh 12 bulan kepada majikan yang menggaji wanita kembali bekerja.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim inisiatif itu bagi menggalakkan wanita kembali ke sektor pekerjaan.
Program Perantisan Kepimpinan Wanita (PERANTIS) akan diperhebat di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi melahirkan lebih ramai tokoh korporat dalam kalangan wanita.

“Program Returnship akan diperintiskan bagi menggalakkan wanita kembali bekerja dalam sektor kewangan. Program anjuran Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (S) itu akan menyediakan kemudahan latihan, kemudian menghubungkan dengan bakal majikan yang bersesuaian untuk kembali bekerja.

Jika seleruh wanita di Malaysia ini bekerjaya secara tidak langsung dan menjadikan inspirasi kepada generasi muda untuk menunjukkan bahawa perempuan juga dapat mencapai apa pun yang mereka impikan seperti kereta rumah dan juga aksesori kecantikan. Di sini juga dapat dilihat, wanita bekerjaya itu walaupun mempunyai kekangan dalam kehidupan, tetapi mereka mampu untuk mencapai keseimbangan antara pekerjaan dan kehidupan peribadi.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Akta Anti Diskriminasi Yang Baharu Akan Dibuat Sekiranya Keadaan Tidak Dapat Dikawal.