Ada Yang Salah Gunakan Pengeluaran KWSP Akaun 3 Untuk Biayai Aktiviti Mewah.
Inisiatif kerajaan untuk membenarkan pengeluaran akaun 3 adalah untuk menampung kehidupan golongan yang memerlukan. Tetapi terdapat golongan mewah juga seolah mengambil kesempatan mengeluarkan wang mereka untuk membiayai perkara lain yang tidak penting ??

Kuala Lumpur, 19 Jan 2025, 10.00 malam – TUJUAN kerajaan membenarkan pengeluaran wang dari akaun 3 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ( KWSP ) adalah bagi mengurangkan beban kewangan dan sara hidup rakyat yang terhimpit.

Umumnya mengetahui bahawa, simpanan KWSP tidak kira dari akaun mana pun bertujuan untuk menampung kehidupan hari tua apabila usia tidak lagi membenarkan pencarum untuk terus bekerja.

Memetik laporan sebuah akhbar tempatan, Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan telah memberi pandangan supaya keperluan mengkaji semula keberkesanan pelaksanaan Akaun Fleksibel atau Akaun 3 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Di fahamkan terdapat pencarum yang mengeluarkan wang simpanan dari akaun 3 bukanlah untuk menampung keperluan hidup yang terdesak, tetapi ia kelihatan seperti membiayai perkara lain yang tidak penting seperti melakukan aktiviti mewah dan menguruskan hobi masing-masing.

Ini bermakna tindakan kerajaan mewujudkan Akaun Fleksibel atau Akaun 3 adalah tidak berkesan. Sememangnya niat kerajaan itu baik, tetapi tiada guna sekiranya pengeluaran akaun 3 itu disalah gunakan untuk tujuan lain oleh mereka yang tidak memgalami kesusahan hidup.

Susulan Wan Saiful menggesa kerajaan mempertimbangkan dan memberi perhatian terhadap rayuan ribuan orang yang memohon pengeluaran secara bersasar pada ketika ini. Apa yang penting adalah melakukan dasar pengeluaran yang secara bersasar supaya perlaksanaan pengeluaran akaun 3 KWSP ini akan mencapai matlamat untuk membantu mereka yang benar-benar susah.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita :

Penafian Oleh JPA Mengenai Penamatan Kontrak Seramai 30,000 Kakitangan Awam Tidak Memiliki Sijil SPM.