
Kuala Lumpur, 16 Jan 2025, 6.00 petang – TULAR di media sosial secara meluas perbuatan seorang penjual jagung yang meletakkan papan tanda yang bertulis ” Sorry ini jagung tiada jual sama orang k….ng”. Perbuatan ini sangat memalukan kaum sendiri kerana sikapnya yang tiada budi bahasa dan ternyata sangat rasis. Perlu dingatkan kepada penjaja ini bahawa tujuan berniaga adalah untuk menarik pelanggan tidak kira dari mana-mana kaum. Bukan menjauhkan pelanggan.
Sebagai seorang yang menjalankan perniagaan, penjaja ini seharusnya bebuat baik dengan semua kaum tidak kira peringkat umur. Bagaimana perniagaan penjaja ini boleh laris dan maju sekiranya mempunyai sikap yang buruk seperti ini. Agama Islam dan agama apa pun di dunia ini tidak mengajar pengikutnya untuk mencemuh dengan kata-kata kotor dan rasis apatah lagi sewaktu menjalankan perniagaan.
Di dalam agama Islam, perniagaan merupakan sesuatu yang amat digalakkan untuk dilakukan bagi mencari rezeki. Namun sekiranya perniagaan itu dijalankan dengan sikap yang angkuh dan memilih pelanggan, sudah pasti Allah tidak akan memberkatinya.
sebagai sebuah negara berbilang bangsa, perpaduan mesti sentiasa dijaga. Kesejahteraan dan keamanan serta tuturkata dipelihara supaya tidak mengguris perasaan mana-mana pihak.
semua lapisan masyarakat wajib menjunjung Rukun Negara sebagai amalan hidup terutamanya prinsip Kesopanan dan Kesusilaan. Memupuk semangat perpaduan dan mengecilkan jurang perbezaan kaum untuk kebaikan bersama. Jika mahu untung di dalam perniagaan, hati perlu baik dan tuturkata perlu dijaga.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
Penutupan Unit DOJ Oleh Donald Trump Tidak Akan Menjejaskan Usaha Pemulihan Aset IMDB – Johari Ghani