Wanita Warga China Berjaya Melarikan Keretanya Dari Depoh Tunda MPAJ
Wanita warga China itu ditahan pada jam 7.45 malam dihadapan sebuah rumah di Melawati.

Kuala Lumpur, 8 Jan 2025, 10.00 malam – APAKAH tahap keselamatan depoh atau tempat simpan barang dan kenderaan jabatan kerajaan atau badan bukan kerajaan kini dirasakan selamat selepas insiden seorang wanita warga China selepas berjaya menceroboh Depoh Tunda Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Taman Melawati de dengan membawa lari kereta tanpa membayar denda.?

Wanita warga China itu telah ditahan oleh pihak polis pada Rabu kira-kira jam 7.45 malam di hadapan sebuah rumah Taman Melawati, di sini. Mengikut laporan, kereta wanita itu ditunda kerana menghalang lalu-lintas. Difahamkan juga wanita tersebut adalah isteri kepada warga tempatan.

Kejadian dikatakan berlaku pada kira-,kira jam 12 tengahari apabila kakitangan MPAJ yang berada di depoh itu didatangi wanita warga China berusia 45 tahun.

Wanita itu terus mengambil kereta Produa Axia tanpa membuat sebarang bayaran denda yang dikenakan kepadanya oleh pihak MPAJ.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, Suspek direman dua hari sebelum diberi jaminan polis. Kereta Produa Axia terbabit turut dirampas bersama anak kunci,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan dan kertas siasatan akan dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk arahan pertuduhan.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Rancangan Pengambilalihan Gaza OlehTrump Seperti Melakukan Pembersihan Etnik.