Taktik Terbaru Scammer. Datang Ke Rumah Mangsa Dengan Menyamar Sebagai Pegawai Polis.
Nombor telefon mangsa yang telah terperangkap akan dihantar ke sindiket yang menyamar sebagai pegawai polis.

Kuala Lumpur, 6 Jan 2025, ,7.00 malam – TAKTIK terbaru scammer iaitu melalui “phone scam” dengan cara datang terus ke rumah mangsa untuk bersemuka dan menyamar sebagai pegawai kerajaan. Di antara watak pegawai kerajaan yang dijadi samaran adalah pegawai polis.

Scammer tersebut bertindak dengan menghubungi mangsa terlebih dahulu dan memaklumkan bahawa nombor telefon mangsa telah di daftar atas satu akaun e-dagang yang menjual produk kecantikan yang tidak berdaftar.

Nombor telefon mangsa yang telah diperangkap oleh scammer itu akan dihantar kepada sendikit yang menyamar sebagai pegawai polis. Mangsa akan terus diugut dengan berbagai dakwaan termasuk mengatakan bahawa mangsa mempunyai rekod jenayah dan melakukan aktiviti haram serta semua akaun mangsa akan dibekukan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, sindiket itu akan mula mencadangkan supaya kesemua wang mangsa yang ada di dalam simpanan dipindahkan ke satu akaun bank lain yang dicipta oleh mereka dengan alasan untuk mengelakkan wang mangsa dibekukan.

Scammer yang menyamar sebagai pegawai polis itu akan datang ke rumah mangsa yang terpedaya dengan memakai pelitup muka dan akan mengarahkan mangsa untuk menyerahkan kad bank pengeluaran automatik (ATM) supaya dapat melakukan pemindahan wang.

Scammer tersebut akan terus datang dan pergi selagi mangsa mempunyai kad bank untuk menguruskan pemindahan wang ke akaun haram milik sindiket.

Menurut Datuk Seri Ramli pindahan panggilan antara agensi khususnya dalam kes phone scam bukan cara kerja agensi kerajaan. tidak berlaku juga panggilan dari Bank Negara Malaysia dipindahkan kepada pihak polis, mahkamah dan sebagainya.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya segera matikan telefon sekiranya menerima panggilan dari orang yang meragukan atau menyamar sebagai pegawai dari mahkamah atau dari LHDN atau pegawai kerajaan dan kemudian menawarkan diri untuk datang ke rumah bagi tujuan membantu untuk memindahkan wang ke akaun yang kononnya selamat.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Jika Mahu Malaysia Maju, Kembalikan Cukai GST Iaitu Cukai Yang Adil Dan Telus.