
Kuala Lumpur, 7 Jan 2025, 3.00 petang – TERDAPAT banyak jenis skim pelaburan yang dianjurkan oleh berbagai koperasi yang merupakan skim jenayah penipuan pelaburan terancang dinegara kita. konsep atau modus operandi yang dilakukan adalah dengan mencari pelanggan yang berminat untuk menjadi ahli koperasi dengan berbagai-bagai keistimewaan ditawarkan.
Koperasi tersebut akan menawarkan pelbagai bentuk pelaburan dan diberikan nama khas serta status syarikat sendirian berhad. Ini bertujuan untuk mengelirukan pelanggan dimana pelaburan ini dikuasai sepenuhnya oleh ahli lembaga koperasi
Koperasi itu akan dilengkapkan dengan perlantikan ejen yang akan membentangkan butir-butir mengenai syarikat dan memberi penerangan kepada pelanggan yang bertujuan untuk mempengaruhi mereka dengan berbagai perkara yang menarik.
Pelanggan yang menyedari bahawa mereka ditipu, telah membuat laporan tetapi kebanyakkan kes telah diklasifikasi sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) atas alasan mempunyai perjanjian dan mangsa-mangsa telah menerima sebahagian dividen mereka.
Kebanyakkan pelabur baru tersedar bahawa mereka tidak pernah melihat atau diberi penerangan mengenai produk-produk pelaburan yang ditawarkan. kesemua pelaburan yang ditawarkan telah disyaki hanya di atas kertas sahaja.
Untuk itu, orang damai meminta supaya pihak berkuasa terutamanya Polis Diraja Malaysia dan agensi berkaitan menjalankan siasatan ke atas semua koperasi terutama yang baru ditubuhkan. Ramai orang telah terpedaya kerana inginkan keuntungan demi untuk meneruskan kehidupan terutama di dalam keadaan ekonomi sekarang yang sangat mencabar.
Baru-baru ini, sebanyak 64 laporan polis diterima termasuk dua yang terbaharu berkenaan sebuah koperasi yang didakwa belum membuat sebarang bayaran termasuk dividen kepada ahli koperasinya. Laporan tersebut telah dibuat di negeri Pahang semenjak tahun 2023 sehingga dua hari lepas.
Pihak polis juga telah pun merujuk perkara ini kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) berhubung dakwaan ahli koperasi itu.
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang telah membuka 232 kertas siasatan sepanjang Januari tahun ini dengan catatan sebanyak RM6.02 juta kerugian telah direkodkan.
Semalam, sebuah portal melaporkan beberapa ahli koperasi membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kuantan selepas mereka gagal menerima pulangan pelaburan seperti yang dijanjikan.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
Jika Mahu Malaysia Maju, Kembalikan Cukai GST Iaitu Cukai Yang Adil Dan Telus.