
Kuala Lumpur, 29 Jan , 2025, 3.00 petang – APABILA rakyat marah dan mula menghamburkan berbagai kata-kata tomahan terhadap kerajaan terutama dari segi kos sara hidup dan subsidi, menteri yang ditugaskan untuk melindungi imej kerajaan akan mula memainkan peranan dengan menuduh rakyat membuat fitnah dengan menyebarkan berita palsu dengan alasan apa yang dilakukan oleh kerajaan kini berada dilandasan yang betul.
Menteri yang berkenaan akan mula menyekat suara rakyat dengan berbagai cara termasuk menggunakan saluran undang-undang untuk menutup mulut rakyat dari terus mengkritik kelemahan mereka.
Menurut Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Abdul Rashid Yob berkata, kebanyakan petani sekarang sangat terbeban dengan pelbagai kos yang semakin meningkat sehingga ramai pesawah berpendapatan kira-kira RM350 sebulan. Maka itu mereka terpaksa berusaha untuk membuat memorandum tuntutan supaya harga lantai padi dinaikkan daripada RM1,300 per tan kepada RM1,800 per tan bagi mengimbangi tenaga yang telah mereka keluarkan selama ini.
PeSAWAH menggesa supaya kerajaan segera memberi maklum balas diatas tuntutan mereka memandangkan pada masa ini padi sudah mula dituai. PeSAWAH mahu kerajaan memikirkan bagaimana untuk mengeluarkan mereka dari garis kemisikinan seperti mana yang dijanjikan oleh kerajaan untuk terus membantu rakyat dengan berbagai cara bagi memastikan kemiskinan sifar dikalangan rakyat Malaysia.
Menurut seorang petani yang ditemui, Mohd Hafidz Ismail, 41 berkata, buat masa kini pendapatan mereka hanya kira-kira RM800 sebulan. Beliau meluahkan rasa bimbang sekiranya padi diserang oleh penyakit dan dimana dimana untuk mereka meminta pertolongan kerana mereka tidak ada pendapatan tetap dan sudah tentu akan menanggung kerugian termasuk hutang yang tinggi.
Disebabkan risau akan keadaan yang dihadapi oleh petani pada waktu ini, ramai di kalangan mereka yang mula mencari pendapatan lain dengan menyewa tanah sawah kerana dengan mengusahakan sendiri ia akan menggunakan kos yang lebih banyak .
Para pesawah meluahkan keresahan mereka dengan mengatakan sebenarnya mereka terpaksa berhutang dengan tauke kilang padi walaupun ada diantara mereka mempunyai sawah yang banyak tetapi apabila buat bendang dan selepas mengambil padi, mereka terpaksa membayar balik. Begitulah putaran kehidupan pesawah untuk meneruskan kehidupan untuk menyara keluarga.
Kelmarin, kira-kira 500 petani dan pesawah dari seluruh Semenanjung Malaysia berhimpun di Putrajaya bagi mendesak Kerajaan Perpaduan menaikkan harga lantai padi daripada RM1,300 per tan kepada RM1,800, di samping membantah usaha memperkenal undang-undang benih yang merugikan mereka.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
Kerajaan Perlu Membuat Pemutihan Warga Asing Dengan Maksimum Dan Dengan Kadar Segera.