Kasihan Kepada Ibu Bapa Apabila Melihat Anak Mati Terhumban Di Tengah Jalan Kerana Merempit.
Gejala Mat Rempit merupakan gejala yang kian meruncing di negara kita kini. Gejala ini dikatakan semakin kritikal di mana anak-anak remaja seawal di sekolah rendah sehinggalah di peringkat menengah terlibat dengan aktiviti tidak bermoral ini.

Kuala Lumpur, 29 Jan 2025, 9.00 malam – APA itu Mat Rempit??  Untuk pengetahuan semua, mereka merupakan penunggang motosikal yang dikaitkan dengan perlumbaan haram yang mungkin tidak pernah memikir akan kematian. Mat Rempit biasanya akan menggunakan motosikal sebagai alat untuk mereka berlumba sesama mereka dan melakukan aksi-aksi yang merbahaya yang boleh menyebabkan maut. Gejala ini perlu dikawal dan dihapuskan segera secara menyeluruh tetapi sehingga kini tidak ada satu pihak pun yang berjaya menghilangkan kegiatan Mat Rempit ini di bumi Malaysia. Mereka gemar menggunakan motosikal kapcai yang telah diubahsuai. Antara motosikal yang sering diguna oleh Mat Rempit seperti Honda EX5, Yamaha RXZ dan sebagainya. Apa yang boleh dikatakan jika ternampak mereka adalah timbulnya rasa kasihan kepada ibu-bapa mereka apabila melihat anak mati terhumban di tengah jalan akibat merempit.

Gejala Mat Rempit merupakan gejala yang kian meruncing di negara kita sejak dulu. Ia semakin kritikal di mana anak-anak remaja seawal di sekolah rendah sehinggalah di peringkat menengah terlibat dengan aktiviti tidak bermoral ini. Gejala Mat Rempit ini dianggap satu fenomena kepada negara berikutan kerosakan akhlak di
kalangan remaja di Malaysia apabila bergelar samseng jalanan. Kebanyakan Mat Rempit merupakan remaja Melayu iaitu 95% yang terlibat dengan perlumbaan haram. Permulaan gejala Mat Rempit ini adalah disekitar Kuala Lumpur pada awal 80an dan merebak keseluruh negara hingga kini dan dikhuatiri semakin kronik jika tidak dibendung.

Selain dari pengaruh rakan-rakan, seseorang Mat Rempit akan ditawarkan dengan habuan yang akan mereka perolehi. Antaranya adalah seorang remaja perempuan atau lebih dikenali sebagai Minah Rempit. Ganjaran wang tunai juga akan diberikan kepada Mat Rempit yang dapat mengalahkan Mat Rempit lain di dalam sesuatu perlumbaan. Sudah tentu mereka akan berlumba untuk  mendapatkan ganjaran atau habuan yang ditawarkan sehingga sanggup menggadaikan nyawa semata-mata untuk mendapat keseronokan.

Jika ditanya kepada golongan Mat Rempit ini mengapa mereka suka berlumba secara haram ini, mereka akan menjawab,  melakukan aktiviti ini sekadar suka-suka dimana mereka turut mempamerkan aksi-aksi merbahaya untuk menjadi tontonan orang ramai yang datang menyaksikan. Antara aksi yang sering mereka lakukan adalah gaya Superman, Wekang, wheely dan sebagainya. Aksi- aksi ini dilakukan untuk menunjukkan kehebatan mereka membawa motosikal pelbagai cara.

Setakat ini tindakan sekatan jalan raya yang dilakukan oleh pihak polis bagaikan tidak berkesan. Sekiranya mereka berjaya ditangkap namun, mereka akan kembali berlumba selepas dibebaskan, Ini juga merupakan satu cabaran yang amat besar kepada pihak polis kerana Mat Rempit ini seolah-olah menjadi gian untuk berlumba dan tidak ada rawatan khusus untuk penyakit gila merempit ini.vSelain itu, sanggup melakukan apa sahaja untuk melepaskan diri mereka dari ditahan oleh pihak berkuasa. Walaupun pihak polis mempunyai senjata api, mereka seolah-olah berdepan dengan pihak musuh tanpa memperdulikan keselamatan diri mereka.

Pihak polis biasa  mengambil tindakan dengan menendang motosikal mereka dan ada juga yang membaling objek seperti kayu untuk memaksa penunggang yang melawan arus untuk berhenti. Selain itu ada juga Mat Rempit yang bertindak nekad dengan merempuh pihak polis untuk melepaskan diri. Mereka dengan tegar melanggar pihak polis untuk menunjukkan kelicikan mereka dan kemungkinan disebabkan rasa takut yang begitu kuat terhadap pihak polis tersebut.

Kesimpulannya disini, Sebagaimana gejala sosial yang lain, peranan yang dimainkan ibu bapa adalah amat penting untuk menjayakan sebarang usaha menangani masalah tersebut. Selain mengenakan tindakan tegas ke atas Mat Rempit, tindakan yang sama tegas terhadap ibu bapa atau pemilik motosikal yang digunakan juga boleh membantu untuk menangani masalah ini, kalau tidak sekalipun, membantu mengelakkan gejala ini dari menjadi lebih buruk lagi. Hilangkan rasa kasihan kepada anak apabila melihat ibu bapa lain membelikan anak-anak mereka motor untuk kemudahan pergerakan tetapi ramai yang tersesat niat dengan menjadikan motor yang diberi sebagai barang perlumbaan.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Perhimpunan Yang Dianjurkan Oleh Pesawah Bertujuan Untuk Bersuara Dan Tidak Di dalangi Oleh Mana-Mana Pihak.