
Kuala Lumpur, 25 Jan 2025, 3.00 petang – DI DALAM belanjawan 2025 menunjukkan komitmen kerajaan dalam meningkatkan kebajikan dan pendidikan termasuk untuk para belia autisme di Malaysia. Pelbagai inisiatif seperti pembinaan pusat untuk latihan pembelajaran dan juga bantuan untuk perkara lain yang diperlukan oleh golongan belia autisme ini telah disediakan. Diharapkan para belia autisme ini akan mendapat peluang yang lebih baik untuk mencapai potensi mereka. Kerajaan berusaha untuk mewujudkan persekitaran yang inklusif dan memberi galakkan yang penuh bagi golongan ini.
Terdapat ramai dikalangan belia autisme, menunjukkan rasa kehampaan yang menjejaskan kualiti hidup dan kebebasan hidup mereka. Golongan muda autisme menganggap bahawa kekurangan pendidikan dan pengalaman sebagai penghalang untuk berdikari dan sering terasa dipinggirkan oleh kerana merasai kekurangan diri.
Untuk bagi tahun 2025 ini, permohonan untuk kemasukan ke Program Latihan Kemahiran Inklusiviti Dan Berkeperluan Khas Untuk Belia Autisme telah di buka Sesi 1/2025. Tarikh tutup permohonan ini adalah pada 28 Februari 2025.
Syarat Memohon:-
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 17 hingga 30 tahun.
- Terdiri daripada Autisme kategori Mild dan Hi Functioning sahaja.
- Boleh membaca, menulis dan mengira.
- Boleh berdikari dan lulus temu duga.
Kepada ibu bapa dan saudara mara yang mempunyai belia berstatus autisme, boleh lah memohon untuk kemasukan siri 1/2025 ini. Jangan dilepaskan peluang ini demi masa depan mereka dan kita semua mahu mereka menjalani kehidupan seperti orang-orang biasa serta boleh berdikari tanpa bantuan orang lain. Untuk maklumat lanjut sila hubungi pusat pengajian seperti yang tertera di dalam poster di atas.
Sebarkan maklumat kepada yang tersayang demi masa depan mereka.
Menerima. Mendidik. Memperkasa.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
#ILKBS #TeamKBS #TVET #Autisme #Inklusif #Inclusive #PendidikanUntukSemua #NoOneLeftBehind.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
Projek Rintis Berkerja Berlainan Waktu Dibatalkan Untuk Dibawa Kepada Kajian Menyeluruh.