Timbalan Perdana Menteri Menasihati Anak OKU Yang Dipukul Di Pasar Tani Supaya Tidak Membalas Dendam Dengan Menggunakan Tangan Untuk Membela Maruah Keluarga.
Beliau meminta supaya ahli keluarga Ahmad Nor Al Faizan Jusoh, 47 iaitu OKU tersebut agar bersabar dan serahkan semuanya kepada pihak polis untuk membuat siasatan. Beliau juga menasihati Ahmad Fakrie supaya tidak mengikut emosi.

Kuala Lumpur, 20 Jan 2025, 9.00 malam – ANAK lelaki kepada warga OKU iaitu Ahmad Fakhrie, 19 yang dipukul oleh beberapa orang peniaga di pasar tani tempoh hari telah dinasihati oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi supaya tidak bertindak sewenang-wenangnya untuk membalas dendam dengan erti kata lain menggunakan tangan sendiri untuk mempertahankan maruah keluarga.

Beliau meminta supaya ahli keluarga Ahmad Nor Al Faizan Jusoh, 47 iaitu OKU tersebut agar bersabar dan serahkan semuanya kepada pihak polis untuk membuat siasatan. Beliau juga menasihati Ahmad Fakrie supaya tidak mengikut emosi.

Ahmad Zahid telah mengutuskan Setiausaha Politiknya Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin, untuk menziarahi isteri Ahmad Nor, Faridah Abdul Karim, dan anak-anaknya di Kampung Tok Asia, Kuala Ibai, di sini, hari ini.

Ekoran dari siasatan yang dijalankan, tiga orang suspek telah pun ditahan dan telah direman selama tiga hari bagi membantu sisatan berhubung dengan peristiwa yang kini menjadi bualan hangat di seluruh Malaysia.

Kisah ini bermula apabila seorang lelaki OKU dipukul dan diheret selepas motosikal dinaikinya terjatuh dan melanggar gerai penjaja sehingga barangan yang dijual terbalik dan tumpah di atas jalan. Ahmad Nor Al Faizan Jusoh, 47 iaitu OKU tersebut telah dibelasah secara kasar dan dibiarkan ditengah jalan pasar tani tersebut tanpa diberi bantuan.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Politik Cakap Tak Serupa Bikin.