Politik Cakap Tak Serupa Bikin.
Selepas berjaya mentadbir negara, menabur janji lagi tetapi dengan syarat mesti memilih mereka di dalam pilihan raya akan datang agar tempoh pemerintahan mereka lebih lama.

Kuala Lumpur, 16 Jan 2025, 10.00 malam – “POLITIK cakap tak serupa bikin” memang ramai di serata dunia. Terutama membabitkan ahli kabinet yang bergelar menteri. Tetapi paling hebat jika orang nombor satu negara berucap menjanjikan bukan saja bulan dan bintang malah menjanjikan seisi alam jika kerajaannya berjaya mentadbir negara.

Selepas berjaya mentadbir negara, menabur janji lagi tetapi dengan syarat mesti memilih mereka di dalam pilihan raya akan datang agar tempoh pemerintahan mereka lebih lama baru lah dapat membuktikan apa yang dijanjikan.

Makin lama semua yang bersama pentadbir yang suka berjanji manis itu akan mengikut rentaknya juga. Tidak berani menjawab soalan yang diajukan oleh rakyat, guna jurucakap dari kalangan ahli kabinet yang juga suka berkata-kata dan menjawab soalan seperti melepas batuk di tangga.

Tidak pernah timbul rasa malu apabila gagal menunaikan janji-janji, malah dengan berani menyalahkan pentadbiran yang dahulu yang dikatakan meninggalkan kerja-kerja yang tidak siap atau pun terbengkalai dan terpaksa menambah peruntukan untuk menyiapkan dan yang paling hebat adalah membuat tawaran dengan menggunakan produk dari luar negara bagi menampung ketidakcukupan atau pun mencadangkan khidmat orang luar yang dikatakan lebih pakar dari orang tempatan.

Segala-galanya jadi tidak cukup atau hilang atau rosak sejak pentadbiran baharu mengambil alih. Sangat aneh sekali kerana semasa pentadbiran beberapa kerajaan sebelum ini tidak timbul langsung isu tidak cukup dan hilang keperluan asas rakyat.? Kenapa tiba-tiba sejak ambil alih semua jadi tidak cukup atau hilang??? Tidak pernah pun dengar mengadakan pertemuan dengan orang tengah untuk memberi amaran? Siapa sebenarnya yang mentadbir negara tersebut ??

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Kemungkinan Besar Ramai Lagi Pegawai Bank Akan Ditahan Berkaitan Pengubahan Wang Haram.