
Kuala Lumpur, 19 Jan 2025, 6.00 petang -Pengarah Perikanan Terengganu, Ruzaidi Mamat berkata, Kerang yang dikutip oleh orang ramai di Pantai Sura, beberapa hari lalu disahkan mengandungi bakteria Fecal coliform dan Escherichia coli (E. coli) melebihi piawai dibenarkan. Di dalam lima sampel kerang yang di analisis, bakteria Fecal coliform dan Escherichia coli (E. coli) telah melebihi 300 MPN bagi setiap 100
Sementara itu, dua daripada lima sampel itu juga didapati mengandungi bakteria Vibrio parahaemolyticus. Kerang-kerang itu juga diklasifikasikan sebagai Kelas B dan C di bawah piawaian Program Sanitasi Kerangan Kebangsaan (NSSP),” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Sekiranya orang ramai yang telah mengutip kerang-kerang tersebut dan mahu memakannya perlulah memasaknya dengan sempurna sebelum dimakan. Pastikan kerang-kerang tersebut betul-betul masak sebelum dimasak bagi mengurangkan risiko pencemaran bakteria.
Pada minggu lalu Pantai Sura dipenuhi dengan kerang-kerang yang terdapar di Pantai Sura Dungun Terengganu akibat dibawa ombak kuat ke pesisir pantai. Disebabkan fenomena itu, pantai tersebut diserbu oleh orang ramai untuk mengutip kerang,-kerang itu untuk dijadikan santapan.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita :