
Kuala Lumpur, 18 Jan 2025, 10.00 malam – LUCAH bermaksud kehinaan dan kejian yang dikaitkan dengan perempuan seperti pelacur, kecabulan dan lain-lain. Manakala ‘rogol’ pula merujuk kepada perbuatan memperkosa atau mencabul kehormatan perempuan dan merupakan kesalahan jenayah. Membuat lawak yang diselitkan dengan unsur lucah dan rogol adalah haram dalam Islam. Nabi SAW memerintahkan umatnya agar sentiasa menjaga kata-kata daripada terjebak dengan perkataan yang dilarang oleh syarak, sabda Baginda:
Islam menegaskan larangan membuat lawak lucah dan rogol kerana ia bukan hanya melukai emosi dan mental orang lain, tetapi juga bercanggah dengan nilai-nilai murni seorang Muslim. Jangan biarkan lidah kita menjadi punca kesakitan orang lain dan hentikan budaya lawak yang tidak bermoral.
Perkataan, sikap dan tutur kata merupakan fitrah bagi manusia untuk berkomunikasi serta berinteraksi antara satu sama lain. Namun agama Islam memberi peringatan kepada penganutnya tentang garis sempadan dalam berbicara untuk menjaga peribadi dan tingkah laku sebagai seorang Muslim.
#HentikanLawakLucah
#MalaysiaMadani
#TuturKataBeradab
#PesanMufti
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
Seorang Pemimpin Mesti Pandai Membimbing Dan Mempengaruhi Orang Ramai.