
Kuala Lumpur, 19 Jan 2025, 1.00 petang – Forest City kini secara rasmi dimasukkan ke dalam Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), menjadikan kawasan ini nadi pertumbuhan ekonomi di Johor dan Malaysia.
Forest City mega projek yang dikenali sebagai “Flagship G,” kini menjadi perhatian sebagai tumpuan utama pelabur antarabangsa dengan 11 syarikat telah menunjukkan minat untuk menjalankan projek di kawasan tersebut.
Bukan sahaja pelabur tempatan yang berminat untuk membuka operasi di Forest City, malah pelabur antarabangsa juga mahu menempatkan projek mereka di situ dan pengurusan Forest City juga komited untuk memastikan pelaksanaan rancangan ini berjalan lancar.
Timbalan Presiden Country Garden Pacificview Sdn Bhd, Syarul Izam Sarifudin, berkata, Kami telah menyaksikan minat yang semakin meningkat terhadap Forest City. Sebagai pemaju projek, kami komited untuk memastikan pelaksanaan rancangan ini berjalan lancar.”
Forest City bukan sahaja menawarkan peluang pelaburan, tetapi juga kemudahan infrastruktur yang mengukuhkan lagi daya tarikannya.
Dengan pelbagai kemudahan termasuk pelabuhan, kawasan industri, dan akses mudah ke Singapura, Forest City dijangka menjadi destinasi pilihan untuk pelabur dan pelancong.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita: