
Kuala Lumpur, 15 Jan 2025, 6.00 petang – Susulan fenomena kerang naik ke pesisir pantai Sura Dungun Terengganu baru-baru ini, Jabatan Perikanan Negeri Terengganu memberi nasihat kepada orang ramai supaya tidak memakan kerang yang terdampar itu dan tunggu sehingga jabatan tersebut selesai mengambil sampel kerang untuk dianalisis di makmal bagi memastikan ia selamat dimakan kerana bimbang ada kandungan toksin yang tinggi di dalamnya.
Fenomena itu berlaku disebabkan pesisir pantai kawasan tersebut telah dilanda ombak besar akibat Monsun Timur Laut (MTL)
Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Terengganu, Ruzaidi Mamat berkata, pihaknya sudah mengambil sampel kerang tersebut untuk dianalisis di makmal di Kuantan, Pahang bagi memastikan tiada wujudnya biotoksin berbahaya.
Sebelum ini pantai Sura tersebut dikatakan berada di dalam keadaan sunyi kerana berada di dalam musim tengkujuh dan lautan bergelora. Namun apabila fenomena kenaikan kerang berlaku di pantai itu, suasana telah bertukar seolah-olah bagaikan pesta kerana orang ramai telah berpusu-pusu pergi ke pantai berkenaan untuk mengutip kerang-kerang itu.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
KDN Komited Memastikan Integriti & Keselamatan Dokumen Kad Pengenalan Rakyat Malaysia.