Hantaran Di Facebook Najib Razak Sebagai "Kesalahan Jenayah Kerana Menghina Mahkamah"
hantaran di Facebook Najib Razak sebagai “kesalahan jenayah kerana menghina mahkamah” dengan cuba mengwujudkan kesan negatif terhadap sistem kehakiman dan bersifat fitnah.

Kuala Lumpur, 8 Dec 2025, 4.00 petang – Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim yang juga seorang peguam berkata, hantaran di Facebook Najib Razak sebagai “kesalahan jenayah kerana menghina mahkamah” dengan cuba mengwujudkan kesan negatif terhadap sistem kehakiman dan bersifat fitnah.

Di dalam hantaran tersebut, seolah-olah membangkitkan semula isu dakwaan konflik kepentingan Nazlan dalam kes SRC International berikutan perananan hakim tersebut semasa bekerja dengan Maybank, ketika SRC International berurusan dengan bank tersebut, serta siasatan SPRM terhadap perkara itu.

Di dalam hantaran di dalam facebook itu juga telah menggambarkan rasa tidak puas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan keputusan sabitan bersalah Najib Razak dan kemudian hakim-hakim Mahkamah Persekutuan telah sebulat suara mengekalkan keputusan Nazlan di Mahkamah Tinggi.

Hukuman ke atas Najib oleh Hakim Nazlan telah disahkan betul iaitu dari lima hakim yang mendengar perbicaraan tersebut,tiga hakim Mahkamah Rayuan telah membuat keputusan yang betul dalam menolak rayuan Najib.

Menurut Hassan, perbicaraan kes SRC International telah memakan masa bertahun-tahun dan dibela oleh pasukan peguam yang kompeten dan berpengalaman. Semua fakta pembelaan sebaiknya dihujahkan di dalam mahkamah bukannya melalui tulisan di platform Facebook,” katanya lagi.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

KDN Mewartakan Perintah Larangan Terhadap Enam Penerbitan Di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301