
Kuala Lumpur, 7 Jan 2025, 4.00 petang – Pengerusi Gabungan Rasuah Busters Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya, Profesor Dr Hamdan Daniel M Sharib telah meluahkan kerisauan beliau terhadap sikap segelintir pegawai penguat kuasa yang dilihat seolah-olah memperjudikan kepentingan dan keselamatan pengguna jalan raya demi wang ringgit.
Sebagai pegawai yang diamanahkan untuk menjaga kepentingan awam, mereka seharusnya meningkatkan nilai integriti dan jujur di dalam menjalankan tugas. Bukan hanya sekadar berkerja untuk mendapatkan gaji sahaja tanpa memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk membantu orang awam yang kurang berpengetahuan di dalam sesuatu perkara.
Menurut Hamdan Daniel, di atas sikap salah guna kuasa dan salah laku pegawai penguatkuasa, banyak nyawa akan hilang dan malapetaka akan berlaku di atas jalan disebabkan sikap tidak bertanggungjawab penguatkuasa terhadap orang awam. Jika tidak diberi kesedaran dan pengajaran kepada pegawai dan penguatkuasa, tentu lebih ramai lagi yang akan menjadi mangsa.
Hamdan Daniel dengan lantang berkata, “Jangan memperjudikan kepentingan dan keselamatan pengguna jalan raya jika salah laku pegawai yang meluluskan pemeriksaan dengan mengambil rasuah tanpa menjalankan pemeriksaan yang sepatutnya.” Kita tidak boleh memandang ringan perkara sebegini kerana natijahnya melibatkan kepentingan awam dan nyawa. Tegas beliau lagi.
Kejadian terbaru yang meragut nyawa orang awam di atas jalan raya telah disahkan bahawa tayar lori tangki yang tercabut dalam kemalangan meragut tujuh nyawa di Melaka bulan lalu tidak dihantar untuk pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM).
Perkara tersebut mungkin akan meninggalkan kesan yang buruk terhadap terhadap sistem pemeriksaan Puspakom yang seharusnya menjamin keselamatan pengguna jalan raya. Kerajaan digesa supaya memberi perhatian yang serius terhadap perkara ini. Antara perkara yang perlu disegerakan dan diberi perhatian penuh adalah penambahbaikan didalam sistem pentadbiran yang sedia ada dengan memantau pergerakkan dan perlakuan penguatkuasa agar tidak terdedah kepada gejala rasuah.
Beberapa hari yang lalu, dengan hasil kerjasama SPRM dan JPJ, telah menahan seorang individu disyaki terbabit rasuah dalam proses pemeriksaan kenderaan berat di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) di ibu negara.
Siasatan awal mendapati, suspek membuat bayaran rasuah berjumlah ratusan ringgit bagi setiap kenderaan yang diperiksa sebagai balasan untuk meluluskan pemeriksaan kenderaan berat di PUSPAKOM.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, dilaporkan berkata JPJ sudah mengadakan perbincangan dengan SPRM untuk mengenal pasti tahap integriti membabitkan kakitangan PUSPAKOM. Beberapa kakitangan syarikat tersebut sudah dipanggil untuk memberi keterangan kepada JPJ berhubung siasatan berkaitan kenderaan yang tidak mematuhi standard tetapi diluluskan PUSPAKOM.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
Aplikasi MyBorderPass kini boleh dimuat turun melalui GooglePlay dan AppStore.