Aplikasi MyBorderPass kini boleh dimuat turun melalui GooglePlay dan AppStore.
Pengembara warganegara Malaysia boleh menggunakan kemudahan ini TIGA langkah sahaja:1. Muat turun aplikasi MyBorderPass & Daftar 2. Gunakan Kod QR & pengesahan wajah 3. Rentas.

Kuala Lumpur, 7 Dec 2025, 1.00 tengahari – PENGALAMAN BAHARU UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA DI KLIA BERMULA JANUARI 2025. Bermula Januari 2025, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah melancarkan sistem pelepasan imigresen menggunakanKodĀ  QR di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) khusus buat warganegara Malaysia. Cara yang sangat mudah iaitu, membuka Aplikasi MyBorderPass yang kini boleh dimuat turun melalui GooglePlay dan AppStore.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperkenalkan sistem pelepasan imigresen menggunakan kod QR di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Sistem pintar itu dijangka meningkatkan pengalaman pengembara warganegara bermula Januari 2025.

PELEPASAN IMIGRESEN MENGGUNAKAN KOD QR DI KLIA

Jabatan Imigresen Malaysia ingin memaklumkan, selain Penggunaan Kod QR bagi pelepasan imigresen, warganegara Malaysia masih boleh menggunakan kemudahan autogate konvensional mahupun kaunter manual di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pasport WAJIB dibawa sebagai dokumen perjalanan utama.

Walaupun Pelepasan Imigresen menggunakan kod QR telah diperkenalkan, kemudahan kaunter manual dan sistem autogate konvensional akan terus tersedia dan masih boleh digunakan seperti biasa.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita: